TRAIN TO DABONG | EKPEDISI KE KEM BAHA GUNUNG STONG

 


Sempena hari cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan iaitu pada 11&12 November 2021, kami Adda dan Shuk telah membuat satu ekpedisi ke Kem Baha yang terletak di Gunung Stong Dabong Kelantan. Kami bermalam di Kem baha satu malam dan keesokkan hari nya kami ke Last Waterfall ataupun orang panggil juga Seventh Waterfall iaitu airterjun ke-7. Disini adalah punca air sungai yang menjadi air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Kami mengikut Guide yang berpengalaman iaitu Abang Woo dan Kak Ja bersama Ustakk Piat iaitu seorang Youtuber. Abang Woo dan Kak Ja ni menyediakan pakej untuk ke Kem Baha dan kalau anda nak ke puncak Gunung Stong pun dia orang ada sediakan. Kalau korang nak guna khidmat Abang Woo dan Kak Ja boleh saja hubungi Ustakk Piat 013-209 0069

Pengalaman kami bermula pada pagi 11.11.21, kami bertolak dengan kereta ke Stesen Keretapi Tanah Merah untuk menaiki keretapi papa pukul 5.12 pagi dan sampai di Stesen Keretapi Dabong pada pukul 7.17 pagi. Misi kami sebenar ialah untuk pergi ke Last Waterfall di Kem Baha. Sebabnya kami dah banyak kali sampai ke Kem Baha, tapi belum pernah sampai lagi ke Last Waterfall ni.

Setelah sampai di Dabong, kami bersarapan pagi di kedai makan berhampiran. Planning asal kita orang nak pergi Caving ke Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar. Tapi setelah berbincang, disebabkan kita orang sebelum ini sudah pernah Caving, so kita orang buat keputusan tak nak buat Caving. So dalam pukul 9.15 pagi kita orang bertolak ke Stong Hill Resort menaiki Van yang disediakan dan memulakan pendakian ada pukul 9.47. Lebih kurang 2 jam perjalanan mendaki bukit, kami sampai di Kem Baha pada pukul 11.51 pagi. Kami mendirikan Khemah di Kem Baha dan bermalam. Tak banyak aktiviti di Kem Baha selain dari mandi manda dan menikmati pemandangan indah di Viewpoint Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara.

Keesokkan hari nya kami pergi ke tempat yang kami tuju iaitu Last Waterfall. Disini memang kita orang sangat teruja melihat sendiri dua sungai yang bergabung menjadi satu. Sungai ini ialah sungai yang menjadi punca air kepada Air Terjung Jelawang, Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara. Selepas selesai mandi di Last Waterfall, dalam perjalanan balik kami singgah di Air Terjun Telaga Tujuh.

Satu pengalaman yang sangat berharga pada kami dan kalau ada peluang kami akan menawan 3 puncak gunung iaitu Puncak Gunung Stong, Puncak Gunung Ayam dan Puncak Gunung Baha.

Untuk menonton video penuh pengalaman kami boleh tonton di youtube Addashuk Channel

TRAIN TO DABONG VOLUME 3 | BAHAGIAN 1 | EKSPEDISI KE KEM BAHA
https://youtu.be/9tg-8BgkR8w

TRAIN TO DABONG VOLUME 3 | BAHAGIAN 2 | EKSPEDISI KE LAST WATERFALL | PUNCA AIR GUNUNG STONG
https://youtu.be/JPAnIapkHgc

Lawati juga blog Addashuk yang lain
https://www.addashuk.com











Comments

Popular posts from this blog

CARA BUAT AWNING RUMAH | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | BUAT KANOPI SENDIRI | CARA BUAT GARAJ KERETA

TOUR OF UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG MALAYSIA 4K FOOTAGE CINEMATIC VIDEO SHOT ON DJI MINI 2