Posts

Showing posts from September, 2021

KEUNIKAN SURAU LANGGAR RINDU | MERANG, KUALA TERENGGANU

Image
  'Langgar Rindu', sebuah surau yang unik dimiliki oleh Abdul Karim Embong yang terletak di jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai. Keunikannya mampu memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat struktur binaanya apatah lagi ia diperbuat daripada kayu Tembesu dan Kayu Cengal sepenuhnya. Dek kerana keunikan 'Langgar Rindu' yang memukau pandangan itu, ia turut mendapat perhatian dikalangan para pengunjung bukan Islam yang sangat mengkagumi keindahan seni binanya untuk merakam foto dan video sebagai kengangan apabila berkunjung ke Terengganu. Menceritakan permulaan dan motif pembinaan 'Langgar Rindu', Abdul Karim berkata ia adalah lambang cinta seorang hamba kepada penciptaNya dan 'Langgar Ringu' juga adalah satu persembahan puisi bagi menzahirkan kekaguman terhadap kehebatan Allah SWT. Beliau yang juga seorang penyair dengan nama pena Arif Karimi, memaklumkan memulakan pembinaan 'Langgar Rindu' sejak julai tahun lalu secara be...

CARA CEPAT CAT PAGAR GUNA AIR COMPRESSOR

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat pagar rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan keseluruhan pagar. Kalau kira masa untuk mengecat ni ambil masa 9 jam, sebab hari jumaat tu mula dari pukul 9 sampai pukul 12 je. kena berhenti sembahyang Jumaat. dan sebelah petang tu rasa malas lak, sambung pula pagi sabtu pukul 9 hingga pukul 3 petang dah siap. kiranya ambil masa cuma 9 jam la. memang cepat buat kerja. cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat pagar menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat. sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt. Air Compressor sekarang ni dah mura...

LAGU DIKIR BARAT | RADIN MAS UJI | TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Image
  Dalam Hikayat Seri Kelantan, baginda ialah seorang raja wanita yang memerintah negeri Kelantan pada awal abad ke-17. Puteri kepada Sultan Ahmad ini telah kehilangan ayahandanya pada usia yang sangat muda iaitu empat tahun dan kemudian ditabal menjadi Raja Kelantan sekitar tahun 1610 masihi selepas Raja Hussein sebagai pemangku raja mangkat. Istimewanya Cik Siti Wan Kembang ini ialah negeri Kelantan di bawah pemerintahannya telah berkembang maju dalam pelbagai sektor termasuklah pertanian dan perdagangan. Dan bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa jata negeri Kelantan ada lambang kijang, dahulunya diceritakan Cik Siti Wan Kembang ni suka memelihara kijang. Minatnya pada haiwan tersebut sehinggakan gambar kijang dikatakan telah terukir pada setiap mata wang negeri. Pun begitu menurut buku Detik-Detik Sejarah Kelantan, dihujung hayatnya dikatakan Cik Siti Wan Kembang ini telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk menghambakan diri kepada Allah dan kisah hidupnya tidak diketahui lagi ...