Posts

Showing posts from August, 2025

BENELLI TNT600 FLUSHING BRAKE | SERVIS BREK DEPAN TNT600S, BLEEDING BRAKE, CAT BRAKE CALIPER TNT600I

Image
  Assalamualaikum, masih lagi dalam mood DIY Benelli TNT600 abang ni, banyak lagi projek-projek yang akan abang buat kat motor ni. Sebelum ni abang buat projek Pasang headlamp SRK600, lepas tu abang buat projek Pasang LCD meter tnt600 yang dah siap voltmeter dan gear indicator, ada map view lagi. Memang best pakai meter TFT ni dkt motor abang TNT600I. Kalau korang nak tengok video tu, buleh tengok kat channel abang. So projek kali ni abang nk DIY servis brek TNT600S abang. Antara sebab abang nak servis ni adalah kerana lever brake tu dah rapat sangat dengan throttle handle, so kalau biasa abang naik motor, dua jari gengam throttle handle, dua jari lagi letak atas lever brake, masalahnya bila abg tekan brek, jari yang genggam throttle handle tu terkepit, brek jadi tak makan. Tu lah masalah dia, bahaya jugak naik motor macam tu. Alang-alang abang nk servis brake tu, terus nak tukar hose brek, pastu nk tukar brek pad dan terus nak flushing brake ataupun bleeding brake orang panggil...

PROJEK PASANG LCD METER PADA TNT600S | TNT600 TFT METER PASANG GEAR INDICATOR TNT600I MAP VIEW METER

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang ada projek special dekat motor TNT600 abang iaitu pasang LCD Meter ataupun orang panggil juga TFT Meter. Yang membuatkan abang nak pasang meter ni sebab utamanya ialah sebab Gear Indicator. Motor TNT600S ni memang tak ada gear indicator guys, motor CC dah besar bukan motor kapcai tapi yang peliknya kenapa tak boleh tambah gear indicator?? Kos bukannya mahal sangat pun. Lagikan Motor EX5 pun ada gear indicator ni Motor Benelli TNT600 dari Itali. Adoiii yaiii. Tapi nak pasang LCD meter di TNT600 ni susah jgk guys sebab abang kena cari satu-satu kabel dari motor nak ke meter. Kalau korang yang tengok video ni senang la kerja. Sebab abang dah cari semua, korang just copy and paste je. So, terpaksalah abang cari meter yang sesuai untuk pasang dekat motor abang ni. Cari punya cari last-last jumpa jugak meter yang sesuai. Selain ada Voltmeter, meter ni sudah canggih dan dilengkapi dengan fungsi Screen Mirroring. Map View memang tersedia dalam meter tapi k...

BENELLI TNT600 PASANG HEADLIGHT QJMOTOR SRK600 CARA PASANG HEADLAMP SRK600 PADA TNT600 BENELLI BN600

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang nk buat video tutorial cara pasang headlight QJMotor SRK600 dekat Benelli TNT600. Sebenarnya sangat senang pasang kalau kita dah ada cukup bracket yang diperlukan. Hari tu abang ingat boleh pakai bracket asal tnt600. Beli Headlamp saja, sekali bila dah sampai bracket asal tak boleh pakai. Terpaksalah beli asing semua bracket yang diperlukan. Lampu QJMotor ni memang cun gile, mesti owner-owner Benelli TNT 600 rasa macam nak tukar jgk headlamp SRK 600 ni sebab nampak garang lampu ni. Kedudukan lampu rendah sangat mengasyikkan bila kita pandang, hahahaha.. So pada korang yang nak pasang lampu ni, korang beli saja kat link shopee dibawah. Beli saja satu set lagi senang, tak de kena kutip satu-satu dah. Satu je masalah, bila sudah pasang lampu pada bracket dekat bawah fork, nak masukkan screw pada bracket yang bawah handlebar tak sampai pulak. So terpaksa abang guna bracket kacang untuk buat extender. Benelli tnt600 ni sebenar banyak nama, nama-nama ya...