Posts

Showing posts from July, 2025

RIDE TO DABONG | KONVOI SEMARAK HARI MALAYSIA 1.0 | KAK NAH MEE UDANG DABONG | UITM BIKES CLUB

Image
  Hari ni abang buat MOTOVLOG ke Dabong, Kelantan untuk merasai kesedapan Kak Nah Mee Udang yang viral kat Dabong. Setup yang abang gunakan ialah Kamera Insta360 One R digandingkan dengan DJI Action 2 dan DJI Mini 2. Bagi abang ini adalah setup terbaik untuk motovlog. Dah banyak dah abang try beli dan test tapi semuanya tak ngam.. tp yang ni memang padu teruk.. Insta360 ni memang kamera yang terbaik untuk buat motovlog. Kualiti video 360 boleh dikatakan bagus dan setanding dengan kamera 360 yang berjenama dipasaran seperti GoPro. Kamera 360 yang abang gunakan untuk rakam video ni ialah Kamera Insta360 One R. Digabungkan dengan video dari dron DJI Mini 2 dan DJI action 2 memang power bak hang. ok gaisss.. korang enjoy la video abang yang tak seberapa ni.. jangan lupa subscribe dan TURN ON kan All Notification dengan cara klik kat icon loceng untuk tidak ketinggalan video yang akan datang. Ini adalah video Ride to Dabong, Konvoi Semarak Hari Malaysia 1.0, Kak Nah Mee Udang Dabon...

HIKING BUKIT PANAU 2025 | PEMANDANGAN PUNCAK BUKIT PANAU | AERIAL VIEW BUKIT PANAU

Image
  Bukit Panau terkenal di Kelantan sebagai lokasi kembara berjalan kaki (hiking). Bukit Panau terletak di sempadan antara Pasir Mas dan Tanah Merah. Kedudukan Bukit Panau berhampiran jalan utama memudahkan ia dilihat menggamit pengunjung dan dikunjungi. Untuk melakukan hiking atau mendaki Bukit Panau yang berketinggian 369 meter dari aras laut, tidak sukar kerana terdapat trek bersimen bercampur tar dari kaki bukit sehingga ke menara pemancar syarikat telekomunikasi yang bersebelahan dengan puncak. Bagaimanapun, terdapat laluan lain untuk ke puncak iaitu melalui denai hutan yang lebih mencabar. Pendakian ke puncak Bukit Panau mengambil masa antara 30 minit sehingga sejam mengikut kelajuan dan kemampuan fizikal pendaki. Jaraknya yang dekat dan ketinggiannya yang rendah menjadikannya sesuai untuk dijadikan tempat pendakian santai bersama keluarga. Sebelum ini sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menemui 7 kesan tapak kaki dinasour di Bukit...