Posts

Showing posts from January, 2021

MASJID 8 KUBAH PERSIS SAINT BASIL'S CATHEDRAL DI RUSSIA | JERTEH, TERENGGANU

Image
  Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh Terengganu di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, menarik perhatian orang ramai. Lokasi ke Masjid 8 Kubah, Klik link dibawah https://goo.gl/maps/ex1AxudEZLoJSAXk6 Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri. Ada yang sanggup datang dari utara tanah air bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di masjid yang menyerupai antara tempat beribadat termasyhur di negara Eropah. Kewujudan masjid ini turut menaikkan nama kampung yang kurang dikenali sebelum ini. Masjid yang dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai itu sebenarnya bertujuan menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia le...

FOOD HUNTER | HAJI ZUL NASI SUMATERA (NASI PAKU) - TAMAN BARAKAH, TANAH MERAH KELANTAN

Image
  Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk makan tengahari.. Kedai pilihan kami hari ni ialah Restoran Haji Zul Nasi Sumatera (Nasi Paku) yang terletak di Taman Barakah, Tanah Merah Kelantan. Restoran ini menyediakan makanan lauk pauk dari menu Sumatera. Restoran ini telah beroperasi pada tahun 2000 iaitu sudah lebih 20 tahun. Nasi Sumatera ini juga dikenali dengan nama Nasi Paku. Diberi jolokan nama Nasi Paku kerana bungkusan nasi diselit dengan paku. Antara menu special disini ialah Otak Lembu Masak Kerutuk. Restoran ini dibuka seawal 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang. Restoran ini juga dibuka setiap hari kecuali cuti hari raya. Untuk tempahan boleh hubungi Haji Zul di talian 019-9611539 Lokasi Restoran Haji Zul Nasi Sumatera klik link dibawah : https://goo.gl/maps/YynqyMK61oLYurG59 So korang kena datang lah dan rasa sendiri Nasi Sumatera ataupun dikenali juga dengan nama Nasi Paku ni.. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat t...

APA YANG ADA KAT DALAM DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU??? JOM KITA TENGOK VIDEO NI

Image
  APA YANG ADA KAT DALAM DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU??? JOM KITA TENGOK VIDEO NI.. Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati. Lokasi ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge Kuala Terengganu) https://goo.gl/maps/eYhNRCB6cb5bZbg39 Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Jambatan Angkat Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dar...

FOOD HUNTER | KAKTON PATTANI CAFE KEDAI VIRAL - D'GETING BEACH RESORT, PANTAI GETING TUMPAT KELANTAN

Image
  KAK TON PATTANI HIDANGAN THAI ASLI Siapa antara anda yang suka dengan sotong? Atau makanan laut? Dimasak pulak dengan cara Thai. Sos Thai yang boleh buat lidah korang rasa boom ! Manis, pedas, masin dan masam semuanya seia sekata. Rata-rata ramai yang suka masakan Thai disebabkan keunikan rasa yang bercampur-baur namun cukup untuk memikat selera. Bertambah-tambah jadinya bila makan. Kelantan bukanlah satu negeri yang asing dengan masakan Thai. Rata-rata kalau datang ke Kelantan ni korang dapat je rasa masakan Thai. Cuma, ada restoran masakannya ala Thai dan ada juga restoran atau cafe yang betul-betul Thai. Jadi, mana satu pilihan kalau korang datang ke Kelantan? Kalau korang nak makan rasa Thai asli, abang ada satu tempat cafe yang boleh memenuhi kehendak Thai asli. So, hari ni Abang K dan Kak K bawa korang ke sebuah kedai makan selera Thai asli iaitu Kakton Pattani Cafe yang terletak dalam kawasan D'Geting Beach Resort. Lokasi ke Kakton Pattani Cafe korang boleh klik link di...