Posts

Showing posts from October, 2023

MELOR GUEST HOUSE | HOMESTAY MURAH DI KUALA TERENGGANU | HOMESTAY BUDGET DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang K nak review satu homestay di Kuala Terengganu ni. Pengalaman Check In kt homstay ni tersangat lah best. Lokasi homestay ni sangat strategik dan abang K recommend la pada sesiapa yang nak bermalam di homestay ni. Melor Guest House adalah homestay murah di Kuala Terengganu. Lokasi Melor Guest House https://maps.app.goo.gl/TGzY3uHrEx2caPGN6 Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Terletak di Marang, Melor Guest House merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa yang ingin makan pagi di Nasi Dagang Atas Tok di Kampung Atas Tol. Dari Melor Guest House nak ke Nasi Dagang Atas Tol yang original iaitu di Kampung Atas Tol lebih kurang 13 km sahaja. Dilengkapi dengan TV satelit dan kipas siling, setiap bilik mempunyai kemudahan menyeterika dan cerek elektrik. Melor Guest House adalah 30 minit memandu dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Bilik-bilik mandi menawarkan pengering rambut dan kemudahan pancuran mandian. Melor Guest House berjar...

MEDAN IKAN BAKAR KUALA IBAI | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Kuala Terengganu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Medan Ikan Bakar Sungai Ibai. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kuala Terengganu sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Ikan Bakar Berempah. So, kalau anda datang bercuti ke Kuala Terengganu, kedai ni wajib anda singgah untuk makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kuala Terengganu, Terengganu. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini. Medan Ikan Bakar Sungai Ibai juga dikenali Medan Ikan Bakar Kuala Ibai iaitu terletak dibawah jambatan. Lokasi Medan Ikan Bakar Sungai Ibai https://maps.app.goo.gl/7Jfe9rUKS25td9V98 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Senarai harga di medan ikan bakar sg ibai semua jenis ma...

PASAR PAYANG BARU BAKAL DI BUKA | PASAR KEDAI PAYANG 1 | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU

Image
  Kali ini kami akan bawa anda meninjau keadaan terkini Pasar Kedai Payang Baharu. Pasar Kedai Payang yang kini dalam proses akhir pembinaan dijangka akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rosli Latif berkata, dalam tempoh terdekat ini kontraktor kompleks berkenaan akan menyerahkan bangunan baharu itu kepada Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 19 Julai. Katanya, pembinaan pusat perniagaan tradisional yang popular dalam kalangan pelancong itu telah dimulakan sejak lima tahun lalu dengan kos sebanyak RM69.3 juta. Kata Datuk Bandar Bandaraya Kuala Terengganu itu Selepas beberapa proses akhir selesai, peniaga-peniaga akan berpindah masuk ke bangunan baharu itu dan operasi perniagaan boleh bermula seperti biasa. Setakat ini jumlah peniaga yang akan berpindah itu belum diperincikan lagi. Pihak Bandaraya Kuala Terengganu akan meneliti semula senarai peniaga dan jenis perniagaan yang mereka jalankan di pas...

DIY | CARA MUDAH BAIKI MESIN BASUH ROSAK ERROR 1E | MESIN BASUH SAMSUNG | TUKAR WATER LEVEL SENSOR

Image
  Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah baiki mesin basuh rosak. Mesin basuh Samsung abang rosak dan keluar Error 1E ni berkemungkinan disebabkan sudah lama pakai, rasanya dah dekat 10 tahun, dan Water Level Sensor sudah rosak. So, mesin basuh abang ni bila ON suis, dekat display keluar 1E. So abang suspek dia punya Water Level Sensor dia la yang problem. Pada korang yang mengalami masalah mesin basuh tak hidup macam ni, boleh la ikut tutorial cara baiki mesin basuh rosak yang abang buat ni. Dijamin menjadi sebab kita tukar Water Level Sensor. Water Level Sensor ni sebenar untuk mesin basuk kesan level air dalam mesin basuh. Bila kita nak start basuh, mesin ni akan mengesan jumlah pakaian dan seterusnya secara automatik setting water level. bila water level sensor rosak, mesin basuh tak dapat nak kesan level air. So abang just beli kat Shopee Water Level Sensor dan Plug and Play sahaja. Mudah kan??? So korang pun boleh buat sendiri j...