Posts

Showing posts from December, 2020

JERAM MENGAJI PERSIS KUNDASANG SABAH | SRZ TERNAK LADANG TENUSU JERAM MENGAJI, PASIR PUTEH KELANTAN

Image
  JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN PERSIS KUNDASANG SABAH Jeram Mengaji persis suasana dan pemandangan di Kundasang. Dua kali tengok, macam dekat ladang lembu di New Zealand.Jika datang ke Kelantan, wajib singgah di sini. Lokasi menarik ini, terletak di Jeram Mengaji iaitu di daerah Pasir Puteh Kelantan kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh. Kalau korang nak pergi ke tempat ni, korang boleh terus klik di link lokasi dibawah : Lokasi ke SRZ Ternak Ladang Tenusu Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/Cd9qvAyAqAZgXJzq5 Selain keindahan alam semula jadi, Jeram Mengaji juga punyai jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan beriadah bersama keluarga. Di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu dan susu kambing. Ia diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompok hitam putih seperti warna lembu Holstein iaitu lembu paling banyak diternak di seluruh dunia...

IKAN BEKOK KAK ANI YANG SUPER SEDAP DI KAMPUNG KUBANG GOLOK BACHOK KELANTAN

Image
  Hari ni Kak K dengan Abang K bawa korang ke Kampung Kubang Golok iaitu di daerah Bachok Kelantan untuk mencari Ikan Bekok yang SUPER SEDAP. Pertama kali cuba memang sedap sangat-sangat. Kalau nak dibandingkan dengan IKAN BEKOK yang pernah Abang K dan Kak K makan, yang Kak Ani ni memang paling sedap. Ikan Bekok Kak Ani ni rasa dia lembut, tak masin sangat, dan yang paling penting tak berbau. Abang memang sensitif kalau makanan yang ada bau ni. Selera akan down bila nak makan tu ada bau-bau sikit. So Ikan Bekok Kak Ani ni memang abang makan berselera sangat.. Kalau korang yang nak cuba rasa Ikan Bekok ni, boleh la hubungi Kak Ani di nombor 010-5250824 Lokasi rumah Kak Ani Ikan Bekok : https://maps.app.goo.gl/NR1AM6TraD1NLcLi9 So korang kena hubungi Kak Ani dan rasa sendiri Ikan Bekok Kak Ani kalau nak tanya apa-apa pasal Ikan Bekok yang super sedap ni.. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang tempat yang ada menjual Ikan Bekok ni. Jangan l...

CYCLING VLOG #17 | MAKAM TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN - PASIR PEKAN HILIR, WAKAF BHARU, KELANTAN

Image
  Hari ni Abang K dan Kak K kayuh basikal untuk pergi melawat Makam Tok Janggut, di Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan. Rakam video menggunakan action camera Insta360 One R. Kamera selfie stick tersembunyi. Lokasi ke Makam Tok Janggut, Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan https://goo.gl/maps/Hu7dNGk2cErKsMgn8 MAKAM PAHLAWAN MELAYU TOK JANGGUT, PASIR PEKAN HILIR,TUMPAT. Makam Tok Janggut terletak di Kampung Saring iaitu di Pasir Pekan Hilir di Pekan Wakaf Bharu dalam jajahan Tumpat, Kelantan. Tok Janggut ialah seorang ulama yang bergadai nyawa menentang British. Mat Hassan Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut merupakan seorang ulama dan pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa menentang British. Pensyarah Kanan Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Hamdan Aziz berkata Tok Janggut merupakan antara penentang British pada awal 1900-an di Kelantan, iaitu semasa berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914 hingga...