Posts

Showing posts from January, 2022

PIZZA JANGOK MEK ANI | TANAH MERAH KELANTAN

Image
Nama Pizza Jangok (cantik) Mek Ani mungkin kedengaran pelik bagi pastri berasal dari Itali itu namun itulah keunikan yang dicipta Noraini Ahmad, 34, agar ia 'melekat' di hati pelanggannya. Lokasi Pizza Jangok Mek Ani https://goo.gl/maps/AzEio8caKHDjUrRn6 Pemilik kedai piza ini bernama Noraini yang juga mesra dipanggil Mek Ani ini adalah ibu kepada 4 orang anak berkata dia mula membuka kedai ini kira-kira 4 tahun lepas. Beliau mendapat kemahiran dalam pembuatan piza ini hasil daripada penyertaan nya dalam kursus pendek kulinari di Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Pantai Timur (ECER) pada tahun 2016 lagi. Setelah beliau lulus dalam latihan tersebut, ECER telah memberi bantuan untuk memulakan perniagaan iaitu perkakas dapur untuk menyediakan piza seperti meja kerja, peti sejuk, mesin pengguli dan ketuhar yang berjumlah RM10,000. Dengan ketekunan beliau dalam menguruskan kedai berkenaan, sekarang usahanya membuahkan hasil. Pizza Jangok Mek Ani telah mendapat...

Apa Yang Ada Dalam Muzium Negeri Terengganu??? Muzium Terbesar di Asia Tenggara

Image
  Muzium Negeri Terengganu Muzium ini merupakan muzium tercantik dan terbesar di Asia Tenggara. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini. Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu. Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi. Lokasi Muzium Negeri Terengganu https://goo.gl/maps/bCFo5u6Gh5QBsQP48 Harga tiket: Dewasa : RM5.00 Kanak-kanak 7 Tahun ke Atas : RM2 Kanak-kanak bawah 7 tahun : Percuma Pelajar Pakaian Seragam Sekolah : RM1 Waktu operasi: Sabtu - Khamis (J...

Apa Yang BEST di Pasar Payang Baru??? Pasar Kedai Payang 2

Image
  Assalamualaikum gais, hari ni abang K dan family bawa anda jalan-jalan ke Pasar Payang 2 yang baru di Kuala Terengganu, jom kita tengok Apa Yang BEST di Pasar Kedai Payang 2 yang dibuka tahun 2019 ni. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Pasar Kedai Payang 2 telah beroperasi pada Ogos 2019 ini terletak bersebelahan Sungai Terengganu. Dengan lokasinya yang menarik semestinya akan memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pengunjung kerana pasar ini sangat bersih, teratur dan selesa. Lokasi pasar baharu itu juga tidak jauh dari Pasar Besar Kedai Payang yang lama, namun berbanding pasar sebelum ini, Pasar Payang 2 menyediakan ruang niaga yang lebih luas dengan 762 lot kedai dan kemudahan lain seperti tandas serta surau. Walaubagaimanapun, pasar ini hanyalah lokasi pemindahan sementara berikutan keputusan kerajaan negeri untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap Pasar Payang lama yang telah dibina sekitar tahun 1960-an itu. Pelbagai jenis barangan da...