Posts

Showing posts from March, 2021

DIY - CAT RUMAH MENGGUNAKAN AIR COMPRESSOR

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, satu rumah sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan satu rumah. cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat rumah menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat. semasa mengecat, abang buatkan satu penghadang untuk mengelakkan tempat yang kita tak nak cat tu terkena cat. korang boleh tengok video ni macam mana abang buat penghadang tu. guna besi papan pemanis je. sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt. Air Compressor sekarang ni dah murah. bawah harga RM500 pun dah boleh dapat kat kedai. So... tak rugi kalau beli Air Compressor ni. ok gai...

DIY - CARA MUDAH CANTUM POKOK DURIAN MUSANG KING | EASY WAY TO GRAFT DURIAN MUSANG KING TREES

Image
Assalamuailaikum gaiss.. hari ni abang nak kongsikan cara yang paling mudah untuk Kahwin Sanding pokok durian musang king. so kalau korang dah ada pokok induk untuk Durian Musang King, korang boleh menggunakan dahan dari pokok tu buat satu pokok lain yang sama macam pokok induk. cara dia senang saja, kita cuma perlukan anak pokok durian dari biji. Untuk itu abang telah tanam anak benih pokok durian dari biji. durian apa-apa pun boleh je sebabnya kita hanya perlu akar dan batang dia dan kita akan cantumkan dengan dahan pokok induk Musang King yang sedia ada. so cara ni jimat la. beli satu je pokok Musang King nanti akan jadi banyak pokok hasil dari dahan. Selepas dahan kita cantumkan, kena tunggu 3 bulan untuk dahan tadi betul2 sembuh. dan selepas itu kita boleh tanam la. Dengan cara cantuman atau orang panggil juga kahwin sanding ni, biasanya pokok cepat berbuah, tak perlu tunggu 8-10 tahun untuk menikmati hasil. kalau betul-betul jaga pokok durian ni mengambil masa 3-5 tahun saja....

ZON BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR, KELANTAN

Image
  Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi, pakaian wanita, kuali belanga, toto, handbag berjenama(replika),coklat dan sebagainya pada harga yang murah-murah. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Lokasi ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. https://goo.gl/maps/Jiqy8re4LbeJtFwg6 Kalau bawak isteri dan mak, siaplah nak menunggu. Pengkalan Kubor ni agak jauh kalau korang dari Kota Bharu, maklumlah lokasinya berdekatan dengan sempadan Thailand. Pengkalan Kubor juga terletak lebih kurang 6km dari Pantai Geting dan Pantai Sri Tujoh. Kalau datang ke sini bolehlah menyelam sambil minum air terus sambil shopping2 di sini. Dah nama melancong, kenalah datang. Pengkalan Kubor kebiasaannya dibuka seawal pukul 10 pagi dan akan tutup pada pukul 6 petang. Alang2 dah parking depan kedai pinggan mangkuk, kami pun terjah masuk. Nasib baik kami ...