Posts

Showing posts from 2021

10 LOKASI MENARIK DI KUALA TERENGGANU YANG MESTI ANDA LAWATI

Image
  Assalamualaikum, selamat kembali ke Addashuk Channel. Di video kali ini kami akan berkongsi 10 lokasi yang menarik yang ada di sekitar Kuala Terengganu. Lokasi-lokasi ini wajib anda lawati sekiranya anda bercuti di Kuala Terengganu. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Untuk ke 10 lokasi-lokasi yang dinyatakan, anda boleh klik pada link GPS dibawah.. 1. Kuala Terengganu Drawbridge https://goo.gl/maps/yeRki7sekJwrFabTA 2. Pasar Besar Kedai Payang https://goo.gl/maps/EgcDZGotx1i2e7f89 3. Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 https://goo.gl/maps/5YscPh8FdgcQc6Jv5 4. KTCC Mall https://g.page/KTCCMallKT?share 5. Muzium Negeri Terengganu https://goo.gl/maps/93i3zTtVfgwiKSY76 6. Masjid Kristal https://goo.gl/maps/pjiH395i2FsrejCx7 7. Masjid Terapung https://goo.gl/maps/WnpXQEucGnMGcrQY9 8. Lorong Kenangan Payang ( Payang Memory Lane) https://goo.gl/maps/BRnvmL9ApZFTcHYj6 9. Pantai Teluk Ketapang https://goo.gl/maps/GcMCZuRSx562vTvb7 10. Surau Langgar Rin...

NL CELUP TEPUNG BIRA PATA | PANTAI PENARIK, TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K akan bawa anda ke salah satu kedai makan yang sangat menarik. Makanan yang terdapat di kedai ini sangat lah sedap dan harganya berpatutan. Kalau anda yang melalui jalan Pantai Penarik, NL Celup Tepung adalah lokasi yang wajib anda singgah. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Selain dari dapat menikmati makanan yang sedap-sedap di NL Celup Tepung ni, anda juga boleh melihat keindahan panorama pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Pengusaha Restoran NL Celup Tepung ini bernama Nor Azlinda Abas. Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi beliau di talian 016-6096225. Lokasi kedai ni berada betul-betul ditepi bulatan Pantai Penarik. Kedai buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Hari Selasa kedai TUTUP. Lokasi NL Celup Tepung https://g.page/nlceluptepungbirapata?share Facebook Page NL Celup Tepung Bira Pata Ok Gais.. diharapkan video ini dapat memberi manfaat kepada penonton dan jangan lupa SUBSCRIBE, Like da...

KUALA TERENGGANU DRAWBRIDGE | KUALA TERENGGANU

Image
  Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Hari ni abang akan anda ke Viewpoint Drawbridge yang sangat menarik. Pemandangan seakan-akan London Bridge. Lokasi ke Drawbridge Kuala Terengganu Viewpoint https://goo.gl/maps/qagtVUiwu7vgLQ478 Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Jambatan ...

TRAIN TO DABONG VOLUME 3 | BAHAGIAN 2 | EKSPEDISI KE LAST WATERFALL | PUNCA AIR GUNUNG STONG

Image
  Keretapi Tanah Melayu Berhad kini menampilkan keretapi baru DMU. Tren baru ini sangat selesa dan moden jika hendak dibandingkan dengan keretapi terdahulu. Kepada anda yang belum menaiki keretapi DMU baru ni, anda mesti cuba. Terima kasih korang kerana sudi menonton. Tonton episod TRAIN TO DABONG yang lain : TRAIN TO DABONG VOLUME 1 | JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK klik link dibawah : https://youtu.be/gQlj06e1YZA TRAIN TO DABONG VOLUME 2, ADVENTURE CAVING klik link dibawah : https://youtu.be/1Mn6fUnY8oc TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 1, EKSPEDISI KE KEM BAHA, klik link dibawah : https://youtu.be/9tg-8BgkR8w TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 2, EKSPEDISI KE LAST WATERFALL klik link dibawah : https://youtu.be/JPAnIapkHgc Train To Dabong merupakan satu fenomena baru di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di...

TRAIN TO DABONG VOLUME 3 | BAHAGIAN 1 | EKSPEDISI KE KEM BAHA

Image
  Keretapi Tanah Melayu Berhad kini menampilkan keretapi baru DMU. Tren baru ini sangat selesa dan moden jika hendak dibandingkan dengan keretapi terdahulu. Kepada anda yang belum menaiki keretapi DMU baru ni, anda mesti cuba. Terima kasih korang kerana sudi menonton. Tonton episod TRAIN TO DABONG yang lain : TRAIN TO DABONG VOLUME 1 | JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK klik link dibawah : https://youtu.be/gQlj06e1YZA TRAIN TO DABONG VOLUME 2, ADVENTURE CAVING klik link dibawah : https://youtu.be/1Mn6fUnY8oc TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 1, EKSPEDISI KE KEM BAHA, klik link dibawah : https://youtu.be/9tg-8BgkR8w TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 2, EKSPEDISI KE LAST WATERFALL klik link dibawah : https://youtu.be/JPAnIapkHgc Train To Dabong merupakan satu fenomena baru di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di...

TRAIN TO DABONG | EKPEDISI KE KEM BAHA GUNUNG STONG

Image
  Sempena hari cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan iaitu pada 11&12 November 2021, kami Adda dan Shuk telah membuat satu ekpedisi ke Kem Baha yang terletak di Gunung Stong Dabong Kelantan. Kami bermalam di Kem baha satu malam dan keesokkan hari nya kami ke Last Waterfall ataupun orang panggil juga Seventh Waterfall iaitu airterjun ke-7. Disini adalah punca air sungai yang menjadi air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Kami mengikut Guide yang berpengalaman iaitu Abang Woo dan Kak Ja bersama Ustakk Piat iaitu seorang Youtuber. Abang Woo dan Kak Ja ni menyediakan pakej untuk ke Kem Baha dan kalau anda nak ke puncak Gunung Stong pun dia orang ada sediakan. Kalau korang nak guna khidmat Abang Woo dan Kak Ja boleh saja hubungi Ustakk Piat 013-209 0069 Pengalaman kami bermula pada pagi 11.11.21, kami bertolak dengan kereta ke Stesen Keretapi Tanah Merah untuk menaiki keretapi papa pukul 5.12 pagi dan sampai di Stesen Keretapi Dabong pada pukul 7.17 pagi. Misi kami sebenar ialah untu...

DIY - CARA TUKAR MINYAK HITAM YAMAHA R15, FZ150i & Y15, BOLEH KE MOTOR PAKAI MINYAK HITAM KERETA

Image
  Assalamualaikum... Hari ni abang nak berkongsi satu pengalaman pakai minyak enjin kereta pada motosikal. Boleh ke minyak hitam kereta pakai kat motor? Untuk korang nak tahu, tonton video ni sampai habis. Sambil-sambil bercerita pengalaman abang guna minyak hitam kat motosikal abang tu, abang tukar terus minyak hitam motosikal abang iaitu R15 kena sumpah, hahaha.. Motosikal abang sebenarnya FZ150i asalnya, lepas tu abang beli coverset full fairing R15 V2 dari Indonesia sebab kat Malaysia tak de jual coverset R15 V2. Masa beli motor ni R15 V3 pun tak keluar lagi kt Malaysia. disebabkan abang minat R15, abang pun convert la FZ150i abang jadi R15. Tu pasal motor abang ni R15 yang kena sumpah.. hahaha.. Ok gaiss.. harap korang enjoy tonton video abang yang tak seberapa ni, maklumlah abang malu-malu juga depan kamera... so kalau korang suka video abang, jangan lupa Share dan Like, jangan lupa juga SUBSCRIBE channel Addashuk juga gaiss... lepas ni akan ada banyak lagi video-video D...

KAK YAH BUDU TEMPAYAN | KAK YAH IKAN BEKOK | PANTAI GETING, TUMPAT KELANTAN

Image
  Assalamualaikum gais... Hari ni abang K dan Kak K berkayuh basikal 17km pergi dan 17 km perjalanan balik, kami berkayuh sejauh 34km semata-mata nak ke Kak Yah Budu Tempayan di Pantai Geting. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya `budu tempayan' ni? Bagi mereka yang tinggal disekitar #Tumpat , Kelantan, mungkin semuanya tahu kerana budu tersebut diproses dan diperapkan ke dalam tempayan. Ada juga persoalan timbul berapa lama perlu diperap baru boleh dimakan dan dijual?Jawapannya seawal enam bulan ataupun paling lama setahun sebab makin lama disimpan dalam bekas tu makin sedap rasanya. Tapi zaman canggih sekarang ni...pengusaha budu dah menukarkan tempayan dengan bekas tangki plastik besar untuk menjaga kebersihannya. Salah seorang pengusaha budu tempayan yang tersohor ialah Wan Sofiah Wan Yusof dari Kampung Pantai Geting atau mesra dipanggil Kak Yah. Kak Yah ibu kepada lima anak itu mula buka kilang budu tempayan sejak enam tahun lalu dan perniagaannya mendapat sambu...

DIY - CARA BAIKI MICROWAVE BERBUNYI BISING TANPA MENGELUARKAN MODAL

Image
  Assalamualaikum... di video kali ini abang akan tunjukan cara macam mana untuk mengatasi masalah Microwave berbunyi bising. Microwave dapat berfungsi dengan baik tapi nak guna tu rasa macam takut je sebab bunyi dia sangat kuat dan bingit. korang boleh tengok la video ni sampai habis dan abang yakin kalau kat rumah korang ada microwave yang mengalami masalah yang sama korang pun dapat baiki sendiri. Cara dia sangat senang. Ok gaiss... kalau korang rasa video ni bermanfaat, jangan lupa Like, Share dan Comment tanda sokongan untuk abang terus membuat video-video DIY. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel dan aktifkan butang loceng untuk notifikasi video yang baru diupload kelak.. terima kasih kerana menonton...

KEUNIKAN SURAU LANGGAR RINDU | MERANG, KUALA TERENGGANU

Image
  'Langgar Rindu', sebuah surau yang unik dimiliki oleh Abdul Karim Embong yang terletak di jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai. Keunikannya mampu memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat struktur binaanya apatah lagi ia diperbuat daripada kayu Tembesu dan Kayu Cengal sepenuhnya. Dek kerana keunikan 'Langgar Rindu' yang memukau pandangan itu, ia turut mendapat perhatian dikalangan para pengunjung bukan Islam yang sangat mengkagumi keindahan seni binanya untuk merakam foto dan video sebagai kengangan apabila berkunjung ke Terengganu. Menceritakan permulaan dan motif pembinaan 'Langgar Rindu', Abdul Karim berkata ia adalah lambang cinta seorang hamba kepada penciptaNya dan 'Langgar Ringu' juga adalah satu persembahan puisi bagi menzahirkan kekaguman terhadap kehebatan Allah SWT. Beliau yang juga seorang penyair dengan nama pena Arif Karimi, memaklumkan memulakan pembinaan 'Langgar Rindu' sejak julai tahun lalu secara be...

CARA CEPAT CAT PAGAR GUNA AIR COMPRESSOR

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat pagar rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan keseluruhan pagar. Kalau kira masa untuk mengecat ni ambil masa 9 jam, sebab hari jumaat tu mula dari pukul 9 sampai pukul 12 je. kena berhenti sembahyang Jumaat. dan sebelah petang tu rasa malas lak, sambung pula pagi sabtu pukul 9 hingga pukul 3 petang dah siap. kiranya ambil masa cuma 9 jam la. memang cepat buat kerja. cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat pagar menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat. sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt. Air Compressor sekarang ni dah mura...

LAGU DIKIR BARAT | RADIN MAS UJI | TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Image
  Dalam Hikayat Seri Kelantan, baginda ialah seorang raja wanita yang memerintah negeri Kelantan pada awal abad ke-17. Puteri kepada Sultan Ahmad ini telah kehilangan ayahandanya pada usia yang sangat muda iaitu empat tahun dan kemudian ditabal menjadi Raja Kelantan sekitar tahun 1610 masihi selepas Raja Hussein sebagai pemangku raja mangkat. Istimewanya Cik Siti Wan Kembang ini ialah negeri Kelantan di bawah pemerintahannya telah berkembang maju dalam pelbagai sektor termasuklah pertanian dan perdagangan. Dan bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa jata negeri Kelantan ada lambang kijang, dahulunya diceritakan Cik Siti Wan Kembang ni suka memelihara kijang. Minatnya pada haiwan tersebut sehinggakan gambar kijang dikatakan telah terukir pada setiap mata wang negeri. Pun begitu menurut buku Detik-Detik Sejarah Kelantan, dihujung hayatnya dikatakan Cik Siti Wan Kembang ini telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk menghambakan diri kepada Allah dan kisah hidupnya tidak diketahui lagi ...

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | D'AUR BEACH RESORT, BACHOK KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. hari ni abang nk bawa korang untuk melihat pemandangan cantik di D'Aur Beach Resort. Memang kat sini sangat cantik untuk lokasi penggambaran. Abang tak lepaskan peluang ni, as a wedding photograper, abang datang kat sini untuk merakam moment indah para pengantin untuk pengantin abadikan kenangan indah disatukan. Kat sini pantainya sangat bersih dengan pelbagai dekorasi menarik. Pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini. Untuk yang sukakan adventure, boleh lah menyewa ATV dan memandu untuk melihat keindahan sekitar pantai. D'Aur Beach Resort juga ada menyediakan Chalet untuk para pengunjung yang ingin bermalam. Chalet bermula dari RM150 Yuran masuk RM5 per car Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort. D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer d...

SANTUARI IKAN KELAH ( KELAH FISH SANTUARY ) SUNGAI PETANG, TASIK KENYIR TERENGGANU

Image
  Percaya atau tidak, kemusnahan alam sekitar dan tangkapan secara tidak terkawal adalah dua faktor utama menyumbang kepada kepupusan 'Raja Sungai' iaitu spesis ikan kelah. Atau dalam erti kata lainnya, walau apapun alasan yang diberikan, sedikit sebanyak kita sebagai pemancing merupakan penyumbang kepada kepupusan ikan kelah hari ini. Menyedari ancaman yang semakin hari semakin teruk keatas spesis ikan ini, Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (KETENGAH) membangunkan tempat perlindungan dikenali sebagai Santuari Ikan Kelah (SIK) di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Mula diusahakan pada Januari 2006, santuari ini kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 2008 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri habitat ikan kelah ini. Bagaimanapun, santuari ini ditutup pada setiap musim tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun demi keselamatan pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlak...

WOW BESARNYA KOLAM MANDI NI!!! 😱😱😱😱 MAK DAN BAPAK BUDAK PUN BULEH TUMPANG SEKAKI 😂😂😂😂

Image
  Assalamulaikum.. kali ni abang nk review satu kolam mandi jenama Bestway. memang kolam ni sangat sesuai untuk anak-anak mandi manda, orang dewasa jugak boleh mandi. dia ada banyak model, yang abang beli ni 3meter X 2meter, memang abang recommended la jenama ni.. cara pasang jugak sangat senang, ada tempat untuk letak water filter dan tempat khas untuk masukkan air. so kalau korang nk beli abang suggest beli jenama ni lah dan beli yang 3 meter sesuai untuk semua peringkat umur. dalam video ni abang ada tunjukan macam mana nk pasang filter dan cara letak klorin. so korang enjoy lah video ni.. ok gais.. semoga video ni akan memberi sedikit sebanyak info pada korang yang nk beli kolam mandi. beli Bestway Pool kat shopee https://shopee.com.my/product/35013462/7201370106?smtt=0.108052001-1628236144.3 jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk untuk lebih video-video menarik yang akan datang.. Assalamualaikum..

NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN 2 | PADANG NEGARA | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. Di video kali ni Abang K bawa anda ke salah satu restoran yang sangat popular di Kuala Terengganu iaitu restoran Nasi Dagang Atas Tol. Setahu abang, Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 cawangan, so hari ni abang akan bawa anda ke Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 iaitu di Padang Negara, Kuala Terengganu. Lokasi Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 Padang Merdeka https://maps.app.goo.gl/kv1n2D4uwyCnxbAQA Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Pesan abang kalau anda nak berkunjung ke restoran ni, pastikan datang awal. Lagi awal lagi elok, kalau boleh sebelum pukul 8.00 pagi lah. Kalau anda terlewat bersedia lah untuk beratur panjang ye.. Kita orang pun banyak kali nak datang sebelum ni, tapi memang tak de rezeki tambah pulak bawa anak dan kita orang ada urusan lain tak boleh nak beratur, so tak de rezeki la nak merasai keenakan menu nasi dagang yang viral ni. So hari ni abang dari awal memang plan nk pergi awal, dari hotel turun pukul 7.30, sampai kedai d...

5 LOKASI WAJIB SINGGAH | KOTA BHARU - KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaium... So hari ni abang dan family nk pergi bercuti ke Kuala Terengganu 2 Hari 1 Malam. Setelah lama kami tak bercuti macam ni disebabkan PKP hari tu, ni adalah percutian keluarga pertama kali selepas PKP. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Ok, so di video kali ini abang nak kongsikan tempat-tempat yang wajib anda singgah dalam perjalanan Kota Bharu ke Kuala Terengganu ataupun Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik, tapi abang hanya singgah 5 lokasi saja lah, kalau singgah banyak tempat kang bila la nak sampai ke destinasi. Di bawah ni ada 5 lokasi yang wajib anda singgah dan link GPS lokasi-lokasi tersebut. Kalau nak pergi ke lokasi-lokasi berkenaan, boleh klik link dan buka menggunakan aplikasi GPS. #1 Warung Nasi Dangang Kak Yah, Jerteh Terengganu https://goo.gl/maps/ikoDfVxRgmRSuA527 #2 Masjid Lapan Kubah, Kampung Lapan Kotak, Jerteh Terengganu https://goo.gl/maps/J5eMW29eKg53dM6c8 #3 Ombak Panta...

KT BEACH RESORT | HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU | HOTEL BUDGET DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang K nak review satu hotel di Kuala Terengganu ni. Pengalaman Check In kt hotel ni tersangat lah best. Lokasi hotel ni sangat strategik dan abang K recommend la pada sesiapa yang nak bermalam di hotel ni. KT Beach Resort adalah hotel murah di Kuala Terengganu. Lokasi KT Beach Resort https://maps.app.goo.gl/Y8Cm29yGpCbbk1WAA Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Terletak di tengah-tengah Pusat Bandar, KT Beach Resort merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Kuala Terengganu. Pusat bandar hanya 4.0 km jauhnya dan boleh sampai ke lapangan terbang dalam tempoh 20 minit. Lokasi KT Beach Resort yang strategik memberikan hotel ini daya tarikan istimewa. Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, hotel ini menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dan tempat letak kereta. KT Beach Resort menyediakan 62 bilik yang dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI secara percuma dan berhawa dingin. KT Beach Resort adalah salah satu hotel budget di Kuala Terengganu. ...

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | PANTAI BISIKAN BAYU BERWAJAH BARU, SEMERAK, PASIR PUTEH KELANTAN

Image
  Pantai Bisikan Bayu yang dulunya dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu, kini berwajah baru. Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT telah menaiktaraf pantai tersebut sehingga kan kini didatangi ramai pengujung terutamanya pada hari minggu dan cuti umum. Pantai Bisikan Bayu yang dulunya dipenuhi dengan sampah sarap, kini telah melalui proses penambahbaikan yang dilakukan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh. Pantai ini tidaklah terlalu sesak sekiranya dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana kedudukan pantai ni yang agak jauh dari bandar-bandar utama. Di pantai ini kini ada menyediakan perkhidmatan menunggang ATV. Bayaran dikenakan ialah sebanyak RM35 untuk setengah jam bagi ATV kecil, dan RM45 untuk setengah jam bagi ATV besar. Ada juga pengusaha yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda. Di deretan gerai, ada persembahan nyayian dari kumpulan NoWar Band. Dengan kehadiran kumpulan ini, dapatlah menghiburkan pengunjung-pengunjung yang berkunjung kesini. Semoga anda te...

DIY - EPOXY LANTAI BILIK AIR | CAT KALIS AIR

Image
  Assalamualaikum gais... Di video kali ni abang nak berkongsi cara abang cat epoxy lantai bilik air rumah abang. Bilik air rumah abang ni dah bocor, kat tepi-tepi tiles tu simen dah pecah. Jadi air akan mengalir masuk ke dalam. Bahaya juga kalau bilik air tiles dia dah bocor. Nanti air akan masuk dalam beam concrete dan akan menyebabkan berlaku pengaratan bada besi beam, dan lama-lama nanti beam boleh crack. So cara untuk atasi masalah tu, kita boleh menggunakan cat epoxy. Cat ni adalah kalis air menyebabkan kotoran tak mudah lekat pada permukaan cat. So bilik air kita sentiasa bersih la kalau nak dibandingkan dengan permukaan tiles yang senang kotor. Dalam video ni abang akan terangkan proses-proses yang abang lakukan. Kalau anda rasa video ni bermanfaat jangan lupa Like dan Share. Jangan lupa SUBSCRIBE channel Addashuk dan tekan loceng notifikasi untuk video-video DIY seterusnya. Selamat menonton gais..

MOTOVLOG #02 | RIDE TO DABONG | CHE DA MEE UDANG GALAH

Image
  Hari ni abang buat MOTOVLOG ke Dabong, Kelantan untuk merasai kesedapan Mee Udang Galah Che Da yang viral kat Dabong. Setup yang abang gunakan ialah Kamera Insta360 One R digandingkan dengan GoLive Wireless Mic. Bagi abang ini adalah setup terbaik untuk motovlog. Dah banyak dah abang try beli dan test tapi semuanya tak ngam.. tp yang ni memang padu teruk.. GoLive Wireless Microphone ni memang mic yang terbaik tapi harga murah. Kualiti audio boleh dikatakan bagus dan setanding dengan mic yang berjenama dipasaran seperti BOYA. Kamera yang abang gunakan untuk rakam video ni ialah Kamera Insta360 One R. Kamera ni ada satu port utk external mic iaitu port USB Type C, so abang beli satu adapter khas untuk kamera Insta360 One R ni untuk convert USB Type C ke standard 3.5mm audio jack. ok gaisss.. korang enjoy la video abang yang tak seberapa ni.. jangan lupa subscribe dan TURN ON kan All Notification dengan cara klik kat icon loceng untuk tidak ketinggalan video yang akan datang. ...

ULASAN FILEM THE HIDDEN FACE VERSI BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

Image
  La Cara Oculta (2011) - Thriller/Mystery The Hidden Face (2011) - Thriller/Mystery Video ini Menyajikan ringkasan filem The Hidden Face (Bahasa Sepanyol: La cara oculta) yang dikeluarkan pada tahun 2011. Seorang wanita Clara Lago sebagai Belen secara tidak sengaja terperangkap di bilik panik rumah barunya ketika cuba mengintip teman lelakinya Quim Gutiérrez sebagai Adrian. --------------------------------------------------------------------------------------------- This Video Presents the summary of the movie The Hidden Face (Spanish: La cara oculta) released in 2011. A woman Clara Lago as Belen accidentally becomes trapped in her new home's panic room while trying to spy on her boyfriend Quim Gutiérrez as Adrian. --------------------------------------------------------------------------------------------- Copyright Disclaimer under Section 107 of the copyright act 1976, allowance is made for fair use for purposes such as criticism, comment, news reporting, scholars...