Posts

Showing posts from April, 2021

PERANAKAN CINA KELANTAN EPISOD 02 | CINA KECEK KELATE

Image
  Di video kali ini, satu temubual eksklusif bersama seorang anak Peranakan Cina Kelantan iaitu Akok yang juga seorang Youtuber berasal dari Kelantan. Nama sebenar Akok adalah Fang Seng Kok iaitu generasi ke 6 Peranakan Cina Kelantan. Masyarakat Cina Kelantan mempunyai hubungan yang unik dan kuat dengan masyarakat Melayu. Mereka mudah bergaul, makan bersama, bercakap dalam dialek Melayu Kelantan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat Melayu. Masyarakat Cina Kelantan lebih dikenali sebagai Cina Kampung atau Cina Peranakan Kelantan merupakan kumpulan minoriti dalam kumpulan etnik Cina Malaysia yang memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap warisan Melayu Kelantan dan juga masyarakat Thai Kelantan. Bahasa dan budaya Cina Peranakan Kelantan dalam kehidupan seharian memperlihatkan penggabungan elemen-elemen Cina-Melayu-Thai. Fang Seng Kok atau lebih mesra dipanggil Akok berasal dari Kampung Bakat, Machang Kelantan. Beliau dilahirkan di Machang pada 28 Oktober 1...

PERANAKAN CINA KELANTAN EPISOD 01 | ASAL USUL PERANAKAN CINA KELANTAN

Image
  Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka yang mengamalkan kehidupan dan budaya Melayu hingga ramai yang keliru sama ada mereka dengan berbangsa Melayu atau Siam. Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya. Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang daripada tubuh, tambah menyukarkan untuk membezakan antara Cina Peranakan dan Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal usul peranakan cina Kelantan, kami akan bawa anda ke Galeri Peranakan Cina Kelantan yang terletak di Tanah Merah Kelantan. Galeri Peranakan Cina Kelantan ini ialah sebuah rumah cina lama yang asal nya adalah milik keluarga penaung Persatuan Peranakan Cina Kelantan, PPCK iaitu Encik Yeap Boon Yang. Charles Yap Hing Chai...

DIY - CARA BUAT PENGECAS BATERI MOTOR DAN KERETA

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara abang DIY pengecas bateri motor. caranya sangat mudah, guna je adapter yang dah ada kat rumah korang tu. bateri motor atau kereta adalah 12 volt, so korang kena cari adapter yang 12 volt la. untuk memudahkan kerja-kerja diy ni, korang kena ada multimeter la untuk nk check volt kt bateri dan adapter. untuk pengetahuan korang, masa Perintah Kawalan Pergerakan hari tu, dekat sebulan motor abang tak guna, parking je dalam stor. masa abang nk start nak pergi kedai tu bateri pulak weak. motor yamaha FZ ni dia 100% bergantung pada bateri untuk nak control injection, so kalau bateri weak memang takkan hidup walaupun korang tolak macam biasa korang buat tu. so.. memang kena ada bateri jugak untuk start enjin. bateri motor abang ni abang tak pasti ok lagi ke tak, tapi dengan adanya diy charger bateri ni, dapat lah abang start enjin dan pergi kedai untuk check bateri. boleh je beli bateri baru tapi kalau bateri asal masih ok, rugi...