Posts

Showing posts from August, 2021

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | D'AUR BEACH RESORT, BACHOK KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. hari ni abang nk bawa korang untuk melihat pemandangan cantik di D'Aur Beach Resort. Memang kat sini sangat cantik untuk lokasi penggambaran. Abang tak lepaskan peluang ni, as a wedding photograper, abang datang kat sini untuk merakam moment indah para pengantin untuk pengantin abadikan kenangan indah disatukan. Kat sini pantainya sangat bersih dengan pelbagai dekorasi menarik. Pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini. Untuk yang sukakan adventure, boleh lah menyewa ATV dan memandu untuk melihat keindahan sekitar pantai. D'Aur Beach Resort juga ada menyediakan Chalet untuk para pengunjung yang ingin bermalam. Chalet bermula dari RM150 Yuran masuk RM5 per car Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort. D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer d...

SANTUARI IKAN KELAH ( KELAH FISH SANTUARY ) SUNGAI PETANG, TASIK KENYIR TERENGGANU

Image
  Percaya atau tidak, kemusnahan alam sekitar dan tangkapan secara tidak terkawal adalah dua faktor utama menyumbang kepada kepupusan 'Raja Sungai' iaitu spesis ikan kelah. Atau dalam erti kata lainnya, walau apapun alasan yang diberikan, sedikit sebanyak kita sebagai pemancing merupakan penyumbang kepada kepupusan ikan kelah hari ini. Menyedari ancaman yang semakin hari semakin teruk keatas spesis ikan ini, Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (KETENGAH) membangunkan tempat perlindungan dikenali sebagai Santuari Ikan Kelah (SIK) di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Mula diusahakan pada Januari 2006, santuari ini kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 2008 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri habitat ikan kelah ini. Bagaimanapun, santuari ini ditutup pada setiap musim tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun demi keselamatan pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlak...

WOW BESARNYA KOLAM MANDI NI!!! 😱😱😱😱 MAK DAN BAPAK BUDAK PUN BULEH TUMPANG SEKAKI 😂😂😂😂

Image
  Assalamulaikum.. kali ni abang nk review satu kolam mandi jenama Bestway. memang kolam ni sangat sesuai untuk anak-anak mandi manda, orang dewasa jugak boleh mandi. dia ada banyak model, yang abang beli ni 3meter X 2meter, memang abang recommended la jenama ni.. cara pasang jugak sangat senang, ada tempat untuk letak water filter dan tempat khas untuk masukkan air. so kalau korang nk beli abang suggest beli jenama ni lah dan beli yang 3 meter sesuai untuk semua peringkat umur. dalam video ni abang ada tunjukan macam mana nk pasang filter dan cara letak klorin. so korang enjoy lah video ni.. ok gais.. semoga video ni akan memberi sedikit sebanyak info pada korang yang nk beli kolam mandi. beli Bestway Pool kat shopee https://shopee.com.my/product/35013462/7201370106?smtt=0.108052001-1628236144.3 jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk untuk lebih video-video menarik yang akan datang.. Assalamualaikum..