Posts

Showing posts from 2026

DIY PASANG BREK DISC BELAKANG NVX V1 / AEROX V1 | AEROX NVX OLD REAR BRAKE DRUM TO DISC CONVERSION

Image
  Assalamualaikum, hari ni ada projek baru lagi untuk motor kesayangan abang NVX V1 atau AEROX V1. Motor abang ni dah genap 5 tahun. Hari ni dapat surat dah habis bayar, dah release hak milik dituntut. Terasa macam nak sobek sobek sikit la sbb dah habis bayar kan. ada duit lebih dalam RM200 sebulan, apa salahnya habiskan sikit duit tu untuk mencantikkan lagi motor ni. Benda pertama yang abang nak buat kat motor ni ialah tukar brek belakang dari brek drum ke brek disc. Sebenarnya dah lama dah abang nak convert brek drum ke brek disc ni, tapi tak berkesempatan untuk buat lagi. Sekarang ni adalah masa yang sesuai disebabkan brek belakang dah jadi kurang grip. Kadang bila menuruni bukit yang jalan ada berpasir abang elakkan guna brek depan takut tayar slip, bila guna brek belakang macam tak mencengkam. Motor still bergerak jgk. Rasanya disebabkan brek belakang motor abang dah lama tak servis dan kemungkinan ada banyak habuk-habuk dalam mangkuk drum. So, inilah masa terbaik abang nak ...

DIY TUKAR BEARING BELAKANG KENARI | BUNYI BERDENGUNG | CARA TUKAR BEARING BELAKANG KERETA KENARI

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang ada projek tukar bearing belakang kereta kenari abang. Dah lama rasanya tak ber DIY, kali ni abang akan buat video cara tukar bearing belakang kereta kenari abang. Sebenarnya kereta ni abang beli kereta sadai dah dekat 2 tahun. So bearing depan sudah tukar satu set dengan absorber depan sekali semua dengan halfcut Daihatsu L9. Tapi bearing belakang foreman tidak usik apa-apa sebab penukaran halfcut hanya melibatkan bahagian depan kereta sahaja. Disebabkan kereta sudah lama sadai, berkemungkinan minyak dalam bearing sudah kering mengakibatkan pembentukkan karat. Kalau kereta yang selalu bergerak, susah bearing nak berkarat, tapi kereta sadai dekat 2 tahun pembentukan karat senang berlaku. Kerana kereta park tengah panas dan hujan menyebabkan lagi cepat karat merebak. Bunyi berdengung akan berbunyi bila abang bawa kereta dalam 80km/j, dan bunyi akan lagi kuat bila 3 orang naik kereta abang di seat belakang. Sakit pulak telinga abang bila dengar bu...