DIY TUKAR BEARING BELAKANG KENARI | BUNYI BERDENGUNG | CARA TUKAR BEARING BELAKANG KERETA KENARI
Assalamualaikum.. Hari ni abang ada projek tukar bearing belakang kereta kenari abang. Dah lama rasanya tak ber DIY, kali ni abang akan buat video cara tukar bearing belakang kereta kenari abang. Sebenarnya kereta ni abang beli kereta sadai dah dekat 2 tahun. So bearing depan sudah tukar satu set dengan absorber depan sekali semua dengan halfcut Daihatsu L9. Tapi bearing belakang foreman tidak usik apa-apa sebab penukaran halfcut hanya melibatkan bahagian depan kereta sahaja. Disebabkan kereta sudah lama sadai, berkemungkinan minyak dalam bearing sudah kering mengakibatkan pembentukkan karat. Kalau kereta yang selalu bergerak, susah bearing nak berkarat, tapi kereta sadai dekat 2 tahun pembentukan karat senang berlaku. Kerana kereta park tengah panas dan hujan menyebabkan lagi cepat karat merebak. Bunyi berdengung akan berbunyi bila abang bawa kereta dalam 80km/j, dan bunyi akan lagi kuat bila 3 orang naik kereta abang di seat belakang. Sakit pulak telinga abang bila dengar bu...