Posts

PART 1 DIY CARA BUAT AWNING | PEMASANGAN TIANG | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | CARA BUAT KANOPI

Image
  Disini abang nk kongsikan cara mudah buat awning guna besi C Channel / Baja Ringan panjang 18 kaki, lebar 20 kaki, ini adalah Video bahagian 1 iaitu pemasangan tiang besi hollow. Awning ni agak luas jugak la bagi abang yang tak berapa pandai ni. Sebenarnya agak sukar abang nk buat awning ni sebab abang bekerja seorang diri. Boleh dikatakan 100% semua abang buat awning / kanopi ni seorang diri je. Part yang paling susah ialah masa nak pasang zink. Zink yang abang gunakan kena sambung sebabnya zink lebihan abang buat stor dulu. TONTON PART 1 DIY CARA BUAT AWNING | PEMASANGAN TIANG https://youtu.be/CjUIQAgCDDM TONTON PART 2 DIY CARA BUAT AWNING | PEMASANGAN GALANG DAN BATTEN https://youtu.be/caby8bMNsic TONTON PART 3 DIY CARA BUAT AWNING | PEMASANGAN ZINK https://youtu.be/52OxrIaVrJU TONTON PART 4 DIY CARA BUAT AWNING | PEMASANGAN GUTTER https://youtu.be/tMvdiHvUHbI Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Ni adalah link video Timelapse abang buat stor h...

HOUSEBOAT TASIK KENYIR 2024 | TEMPAT WAJIB PERGI DI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K dan kawan-kawan akan bawa anda semua ke Tasik Kenyir, yang terletak dalam negeri Terengganu. Kali ni abang ambil pakej Houseboat dengan Permata Kenyir. Memang puas hati guys, memang betul-betul healing kalau datang sini, Line Telefon memang kat sini tak ada coverage ye. Lokasi Jeti Pengkalan Gawi https://maps.app.goo.gl/NGgUngSJzUuNF9d66 Lawati juga blog addashuk https://www.addashuk.com Untuk ke Tasik Kenyir ni, anda kena pergi ke Jeti Pengkalan Gawi. Seterusnya kita akan menaiki Houseboat ke Air Terjun Langsir. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Air Terjun Langsir mengambil masa 3 jam menaiki houseboat. Perjalanan balik semula ke Pengkalan Gawi, kita orang singgah di Taman Herba. Houseboat bertolak dari Pengkalan Gawi ke Air Terjun Langsir pada pukul 10.00 Pagi, Dan sampat di Air Terjun Langsir pada pukul 1.00 petang. Perjalanan mengambil masa 3 jam menaiki houseboat. Untuk pengetahuan anda,Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Keny...

DIY | CARA MUDAH BAIKI KIPAS SILING ROSAK | CARA BAIKI COIL KIPAS SILING | TAMBAH SPEED CONTROLLER

Image
  Assalamualaikum, So hari ni abang masih lagi dengan semangat DIY. Jadi hari ini abang nk berkongsi satu pengalaman dan cara baiki kipas siling rosak. Untuk mengetahui apa yang rosak untuk kipas siling tu, abang buka penutup kipas dan telah dikenalpasti satu dawai telah putus. So abang telah pun join terus dan di solder terus di atas coil. Sebelum tu anda kena kikis coil untuk buang penebat diatas coil terlebih dahulu sebelum solder. Untuk pengetahuan anda semua, kipas siling model lama ada 4 urat dawai dalam coil kipas, satu kabel untuk arus elektrik masuk di coil sebelah dalam satu kabel untuk arus elektrik masuk di coil sebelah luar. Kemudian Satu dawai keluar untuk coil sebelah dalam dan satu dawai keluar untuk coil sebelah luar. Dua dawai masuk di join sekali untuk disambung ke Live. 2 dawai keluar disambung kepada kaki kapasitor. Salah satu antara dua kaki kapasitor disambung kepada Neutral. Jika pusingan kipas terbalik, sambungkan neutral pada kaki yang satu lagi. So pada ...

PASAR TERAPUNG PULAU SURI 2024 | PULAU SURI FLOATING MARKET 2024 | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K dan keluarga akan bawa anda semua ke sebuah Pasar Terapung pertama di Kelantan. Kalau di Thailand ada Khlong Hae Floating Market, di Kelantan juga ada Pasar Terapung Pulau Suri. Untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri, terdapat 2 jeti awam utama iaitu Jeti Kuala Besar dan Jeti Kok Majid. Di Kelantan sebenarnya ada 3 Pasar Terapung iaitu Pasar Terapung Pulau Suri, Pasar Terapung Sri Tanjung dan Pasar Terapung Pengkalan Datu. Jadi hari ni Abang K dan Kak K akan berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri. Next video kita akan ke Pasar Terapung Sri Tanjung pula. Untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri, kami akan naik bot di Pengkalan Kok Majid ataupun Jeti Kok Majid yang terletak di daerah Tumpat Kelantan. Bayaran untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri dari Pengkalan Kok Majid adalah RM5. Bayaran masuk ke Pasar Terapung Pulau Suri ialah RM2 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Bayaran Parkir persendirian di Pengkalan Kok Majid adalah RM5. Waktu...

PANTAI TELUK CEMPEDAK | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Kuantan Pahang iaitu Pantai Teluk Cempedak. Kepada para pengunjung yang datang bercuti ke Kuantan, Pantai Teluk Cempedak adalah salah satu tempat wajib singgah di Kuantan Pahang. So kalau anda datang bercuti di Kuantan, pastikan Pantai Teluk Cempedak termasuk dalam senarai tempat menarik di kuantan pahang yang perlu di lawati. Adalah menjadi satu kewajipan kalau anda datang bercuti ke Kuantan, anda mesti kena singgah di Teluk Cempedak kerana ia adalah antara pantai cantik di Pahang. Sejak bertahun, Teluk Cempedak menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar untuk singgah menikmati keindahan yang ada di sini. Teluk Cempedak adalah merupakan antara pantai yang paling popular di Pahang. Terletak 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC singkatan kepadaTeluk Cempedak. TC adalah merupakan ...

MENARA KUANTAN 188 | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG

Image
  Menara Kuantan 188, dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, menara yang terletak di tengah-tengah Kuantan Waterfront, sebuah mercu tanda ikonik dan strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang 26 FEBRUARI 2020. Sebuah majlis untuk menyempurnakan penyerahan tersebut telah diadakan di tapak Kuantan 188. Di majlis ini, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail telah menerima kunci menara tersebut daripada Encik Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk melaksanakan pelbagai projek awam berimpak tinggi dalam usaha bagi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama. Beliau juga berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan projek Kuantan 188 ini. Ia merupak...

KU JOLI COLEK PERUT SO GOOD AMAZING WOW, TEMPAT MAKAN SEDAP DI MACHANG KELANTAN, KEDAI WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K dan keluarga akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang viral di Machang. Kalau anda sedang mencari-cari tempat makan sedap di sekitar Machang, Kelantan, kedai ini adalah tempat makan sedap yang patut anda singgah. Menu colek perut muda lembu yang paling sedap yang ada di kedai Ku Joli. Anda wajib cuba menu ni kalau bertandang ke Kedai ni. Kedai Ku Joli Colek Perut ni adalah salah sebuah kedai makan yang viral dengan menu colek perut paling sedap di Machang. Ku Joli So Good, Amazing, Nice, Fantastic.. Wow.. adalah trademark beliau. Sejak akhir-akhir ini dalam aplikasi Tik Tok telah digemparkan dengan kisah viral Ku Joli Colek Perut iaitu seorang penjual colek perut di Machang. Dengar katanya menu Colek Perut beliau sangat sedap, menggunakan perut bulat ataupun dipanggil juga perut muda, sehingga ada yang sanggup memecah rekod tertinggi.. dan yang terbaru pula ada yang sanggup membayar RM2500 hanya untuk makan colek perut Ku Joli So Good , Amazin...