Posts

DIY | CARA MUDAH BAIKI KIPAS SILING ROSAK | CARA BAIKI COIL KIPAS SILING | TAMBAH SPEED CONTROLLER

Image
  Assalamualaikum, So hari ni abang masih lagi dengan semangat DIY. Jadi hari ini abang nk berkongsi satu pengalaman dan cara baiki kipas siling rosak. Untuk mengetahui apa yang rosak untuk kipas siling tu, abang buka penutup kipas dan telah dikenalpasti satu dawai telah putus. So abang telah pun join terus dan di solder terus di atas coil. Sebelum tu anda kena kikis coil untuk buang penebat diatas coil terlebih dahulu sebelum solder. Untuk pengetahuan anda semua, kipas siling model lama ada 4 urat dawai dalam coil kipas, satu kabel untuk arus elektrik masuk di coil sebelah dalam satu kabel untuk arus elektrik masuk di coil sebelah luar. Kemudian Satu dawai keluar untuk coil sebelah dalam dan satu dawai keluar untuk coil sebelah luar. Dua dawai masuk di join sekali untuk disambung ke Live. 2 dawai keluar disambung kepada kaki kapasitor. Salah satu antara dua kaki kapasitor disambung kepada Neutral. Jika pusingan kipas terbalik, sambungkan neutral pada kaki yang satu lagi. So pada ...

PASAR TERAPUNG PULAU SURI 2024 | PULAU SURI FLOATING MARKET 2024 | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K dan keluarga akan bawa anda semua ke sebuah Pasar Terapung pertama di Kelantan. Kalau di Thailand ada Khlong Hae Floating Market, di Kelantan juga ada Pasar Terapung Pulau Suri. Untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri, terdapat 2 jeti awam utama iaitu Jeti Kuala Besar dan Jeti Kok Majid. Di Kelantan sebenarnya ada 3 Pasar Terapung iaitu Pasar Terapung Pulau Suri, Pasar Terapung Sri Tanjung dan Pasar Terapung Pengkalan Datu. Jadi hari ni Abang K dan Kak K akan berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri. Next video kita akan ke Pasar Terapung Sri Tanjung pula. Untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri, kami akan naik bot di Pengkalan Kok Majid ataupun Jeti Kok Majid yang terletak di daerah Tumpat Kelantan. Bayaran untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri dari Pengkalan Kok Majid adalah RM5. Bayaran masuk ke Pasar Terapung Pulau Suri ialah RM2 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Bayaran Parkir persendirian di Pengkalan Kok Majid adalah RM5. Waktu...

PANTAI TELUK CEMPEDAK | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Kuantan Pahang iaitu Pantai Teluk Cempedak. Kepada para pengunjung yang datang bercuti ke Kuantan, Pantai Teluk Cempedak adalah salah satu tempat wajib singgah di Kuantan Pahang. So kalau anda datang bercuti di Kuantan, pastikan Pantai Teluk Cempedak termasuk dalam senarai tempat menarik di kuantan pahang yang perlu di lawati. Adalah menjadi satu kewajipan kalau anda datang bercuti ke Kuantan, anda mesti kena singgah di Teluk Cempedak kerana ia adalah antara pantai cantik di Pahang. Sejak bertahun, Teluk Cempedak menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar untuk singgah menikmati keindahan yang ada di sini. Teluk Cempedak adalah merupakan antara pantai yang paling popular di Pahang. Terletak 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC singkatan kepadaTeluk Cempedak. TC adalah merupakan ...

MENARA KUANTAN 188 | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG

Image
  Menara Kuantan 188, dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, menara yang terletak di tengah-tengah Kuantan Waterfront, sebuah mercu tanda ikonik dan strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang 26 FEBRUARI 2020. Sebuah majlis untuk menyempurnakan penyerahan tersebut telah diadakan di tapak Kuantan 188. Di majlis ini, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail telah menerima kunci menara tersebut daripada Encik Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk melaksanakan pelbagai projek awam berimpak tinggi dalam usaha bagi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama. Beliau juga berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan projek Kuantan 188 ini. Ia merupak...

KU JOLI COLEK PERUT SO GOOD AMAZING WOW, TEMPAT MAKAN SEDAP DI MACHANG KELANTAN, KEDAI WAJIB SINGGAH

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang K dan keluarga akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang viral di Machang. Kalau anda sedang mencari-cari tempat makan sedap di sekitar Machang, Kelantan, kedai ini adalah tempat makan sedap yang patut anda singgah. Menu colek perut muda lembu yang paling sedap yang ada di kedai Ku Joli. Anda wajib cuba menu ni kalau bertandang ke Kedai ni. Kedai Ku Joli Colek Perut ni adalah salah sebuah kedai makan yang viral dengan menu colek perut paling sedap di Machang. Ku Joli So Good, Amazing, Nice, Fantastic.. Wow.. adalah trademark beliau. Sejak akhir-akhir ini dalam aplikasi Tik Tok telah digemparkan dengan kisah viral Ku Joli Colek Perut iaitu seorang penjual colek perut di Machang. Dengar katanya menu Colek Perut beliau sangat sedap, menggunakan perut bulat ataupun dipanggil juga perut muda, sehingga ada yang sanggup memecah rekod tertinggi.. dan yang terbaru pula ada yang sanggup membayar RM2500 hanya untuk makan colek perut Ku Joli So Good , Amazin...

NASKEN COFFEE MACHANG KELANTAN | KEDAI KOPI HIPSTER KAFE HIPSTER | PORT MAKAN SEDAP DI MACHANG

Image
  Assalamulaikum... hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai kopi hipster iaitu Nasken Coffee Machang. Macam-macam menu kat sini yang sememangnya sedap. Kali ni kami bawa anda ke Nasken Coffee Machang berdekatan dengan Pejabat Tanah Machang. Pada hari ini 14 Jun 2024 adalah hari pembukaan Nasken Coffee Machang. So kami tidak lepaskan peluang untuk berkunjung ke Nasken Coffee Machang untuk menikmati makanan di sini. Nasken Coffee bagi abang sekeluarga adalah port makan sedap di Machang. Nasken Coffee sudah tidak asing lagi di kalangan remaja masa kini. Kedai kopi bertemakan hipster ini adalah pilihan utama untuk semua peringkat umur yang ingin menikmati kopi premium yang lazat. Nasken Coffee juga telah berkembang dengan membuka beberapa lokasi di pantai timur. Dengan adanya kedai kopi seperti ini memudahkan bagi mereka yang ingin merasai keenakan kopi dimana-mana sahaja. Kini cawangan Nasken Coffee ada 36 premis diseluruh Malaysia. Nasken Coffee menyediakan pelbagai jeni...

THE SHORE OCEANARIUM | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI MELAKA | TEMPAT MENARIK DI MELAKA

Image
  Melaka merupakan sebuah destinasi yang terkenal dengan banyak tempat tarikan serta sejarah. Antara tarikan yang anda wajib anda singgah jika ke Melaka bersama anak-anak adalah The Shore Oceanarium. Disini anak-anak anda bukan sahaja dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut tetapi dapat juga menambahkan lagi ilmu mengenai hidupan laut. The Shore Oceanarium ini terletak di dalam The Shore Shopping Mall, betul-betul di sebelah sungai Melaka. The Shore Oceanarium sebenarnya mula dibuka beberapa tahun dahulu, namun pada 1 Disember 2019 yang lalu, ia telah menambahkan lagi tarikan di dalamnya dengan pembukaan fasa kedua. Disini anda bukan hanya dapat melihat pameran hidupan laut, tetapi dapat berinteraksi juga dengan sesetengah haiwan. Di Interactive Touch Pool anda dibenarkan untuk menyentuh pelbagai jenis hidupan laut. Antaranya ikan pari, starfish dan lain-lain lagi. Di Shark Quest pula Ada sebuah patung jerung yang besar disini untuk anda bergambar. Selain itu anda juga berpelu...