PIZZA JANGOK MEK ANI | TANAH MERAH KELANTAN
Nama Pizza Jangok (cantik) Mek Ani mungkin kedengaran pelik bagi pastri berasal dari Itali itu namun itulah keunikan yang dicipta Noraini Ahmad, 34, agar ia 'melekat' di hati pelanggannya. Lokasi Pizza Jangok Mek Ani https://goo.gl/maps/AzEio8caKHDjUrRn6 Pemilik kedai piza ini bernama Noraini yang juga mesra dipanggil Mek Ani ini adalah ibu kepada 4 orang anak berkata dia mula membuka kedai ini kira-kira 4 tahun lepas. Beliau mendapat kemahiran dalam pembuatan piza ini hasil daripada penyertaan nya dalam kursus pendek kulinari di Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Pantai Timur (ECER) pada tahun 2016 lagi. Setelah beliau lulus dalam latihan tersebut, ECER telah memberi bantuan untuk memulakan perniagaan iaitu perkakas dapur untuk menyediakan piza seperti meja kerja, peti sejuk, mesin pengguli dan ketuhar yang berjumlah RM10,000. Dengan ketekunan beliau dalam menguruskan kedai berkenaan, sekarang usahanya membuahkan hasil. Pizza Jangok Mek Ani telah mendapat...