Posts

KEUNIKAN SURAU LANGGAR RINDU | MERANG, KUALA TERENGGANU

Image
  'Langgar Rindu', sebuah surau yang unik dimiliki oleh Abdul Karim Embong yang terletak di jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai. Keunikannya mampu memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat struktur binaanya apatah lagi ia diperbuat daripada kayu Tembesu dan Kayu Cengal sepenuhnya. Dek kerana keunikan 'Langgar Rindu' yang memukau pandangan itu, ia turut mendapat perhatian dikalangan para pengunjung bukan Islam yang sangat mengkagumi keindahan seni binanya untuk merakam foto dan video sebagai kengangan apabila berkunjung ke Terengganu. Menceritakan permulaan dan motif pembinaan 'Langgar Rindu', Abdul Karim berkata ia adalah lambang cinta seorang hamba kepada penciptaNya dan 'Langgar Ringu' juga adalah satu persembahan puisi bagi menzahirkan kekaguman terhadap kehebatan Allah SWT. Beliau yang juga seorang penyair dengan nama pena Arif Karimi, memaklumkan memulakan pembinaan 'Langgar Rindu' sejak julai tahun lalu secara be...

CARA CEPAT CAT PAGAR GUNA AIR COMPRESSOR

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat pagar rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan keseluruhan pagar. Kalau kira masa untuk mengecat ni ambil masa 9 jam, sebab hari jumaat tu mula dari pukul 9 sampai pukul 12 je. kena berhenti sembahyang Jumaat. dan sebelah petang tu rasa malas lak, sambung pula pagi sabtu pukul 9 hingga pukul 3 petang dah siap. kiranya ambil masa cuma 9 jam la. memang cepat buat kerja. cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat pagar menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat. sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt. Air Compressor sekarang ni dah mura...

LAGU DIKIR BARAT | RADIN MAS UJI | TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Image
  Dalam Hikayat Seri Kelantan, baginda ialah seorang raja wanita yang memerintah negeri Kelantan pada awal abad ke-17. Puteri kepada Sultan Ahmad ini telah kehilangan ayahandanya pada usia yang sangat muda iaitu empat tahun dan kemudian ditabal menjadi Raja Kelantan sekitar tahun 1610 masihi selepas Raja Hussein sebagai pemangku raja mangkat. Istimewanya Cik Siti Wan Kembang ini ialah negeri Kelantan di bawah pemerintahannya telah berkembang maju dalam pelbagai sektor termasuklah pertanian dan perdagangan. Dan bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa jata negeri Kelantan ada lambang kijang, dahulunya diceritakan Cik Siti Wan Kembang ni suka memelihara kijang. Minatnya pada haiwan tersebut sehinggakan gambar kijang dikatakan telah terukir pada setiap mata wang negeri. Pun begitu menurut buku Detik-Detik Sejarah Kelantan, dihujung hayatnya dikatakan Cik Siti Wan Kembang ini telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk menghambakan diri kepada Allah dan kisah hidupnya tidak diketahui lagi ...

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | D'AUR BEACH RESORT, BACHOK KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. hari ni abang nk bawa korang untuk melihat pemandangan cantik di D'Aur Beach Resort. Memang kat sini sangat cantik untuk lokasi penggambaran. Abang tak lepaskan peluang ni, as a wedding photograper, abang datang kat sini untuk merakam moment indah para pengantin untuk pengantin abadikan kenangan indah disatukan. Kat sini pantainya sangat bersih dengan pelbagai dekorasi menarik. Pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini. Untuk yang sukakan adventure, boleh lah menyewa ATV dan memandu untuk melihat keindahan sekitar pantai. D'Aur Beach Resort juga ada menyediakan Chalet untuk para pengunjung yang ingin bermalam. Chalet bermula dari RM150 Yuran masuk RM5 per car Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort. D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer d...

SANTUARI IKAN KELAH ( KELAH FISH SANTUARY ) SUNGAI PETANG, TASIK KENYIR TERENGGANU

Image
  Percaya atau tidak, kemusnahan alam sekitar dan tangkapan secara tidak terkawal adalah dua faktor utama menyumbang kepada kepupusan 'Raja Sungai' iaitu spesis ikan kelah. Atau dalam erti kata lainnya, walau apapun alasan yang diberikan, sedikit sebanyak kita sebagai pemancing merupakan penyumbang kepada kepupusan ikan kelah hari ini. Menyedari ancaman yang semakin hari semakin teruk keatas spesis ikan ini, Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (KETENGAH) membangunkan tempat perlindungan dikenali sebagai Santuari Ikan Kelah (SIK) di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Mula diusahakan pada Januari 2006, santuari ini kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 2008 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri habitat ikan kelah ini. Bagaimanapun, santuari ini ditutup pada setiap musim tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun demi keselamatan pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlak...

WOW BESARNYA KOLAM MANDI NI!!! 😱😱😱😱 MAK DAN BAPAK BUDAK PUN BULEH TUMPANG SEKAKI 😂😂😂😂

Image
  Assalamulaikum.. kali ni abang nk review satu kolam mandi jenama Bestway. memang kolam ni sangat sesuai untuk anak-anak mandi manda, orang dewasa jugak boleh mandi. dia ada banyak model, yang abang beli ni 3meter X 2meter, memang abang recommended la jenama ni.. cara pasang jugak sangat senang, ada tempat untuk letak water filter dan tempat khas untuk masukkan air. so kalau korang nk beli abang suggest beli jenama ni lah dan beli yang 3 meter sesuai untuk semua peringkat umur. dalam video ni abang ada tunjukan macam mana nk pasang filter dan cara letak klorin. so korang enjoy lah video ni.. ok gais.. semoga video ni akan memberi sedikit sebanyak info pada korang yang nk beli kolam mandi. beli Bestway Pool kat shopee https://shopee.com.my/product/35013462/7201370106?smtt=0.108052001-1628236144.3 jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk untuk lebih video-video menarik yang akan datang.. Assalamualaikum..

NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN 2 | PADANG NEGARA | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. Di video kali ni Abang K bawa anda ke salah satu restoran yang sangat popular di Kuala Terengganu iaitu restoran Nasi Dagang Atas Tol. Setahu abang, Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 cawangan, so hari ni abang akan bawa anda ke Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 iaitu di Padang Negara, Kuala Terengganu. Lokasi Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 Padang Merdeka https://maps.app.goo.gl/kv1n2D4uwyCnxbAQA Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Pesan abang kalau anda nak berkunjung ke restoran ni, pastikan datang awal. Lagi awal lagi elok, kalau boleh sebelum pukul 8.00 pagi lah. Kalau anda terlewat bersedia lah untuk beratur panjang ye.. Kita orang pun banyak kali nak datang sebelum ni, tapi memang tak de rezeki tambah pulak bawa anak dan kita orang ada urusan lain tak boleh nak beratur, so tak de rezeki la nak merasai keenakan menu nasi dagang yang viral ni. So hari ni abang dari awal memang plan nk pergi awal, dari hotel turun pukul 7.30, sampai kedai d...