Posts

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | D'AUR BEACH RESORT, BACHOK KELANTAN

Image
  Assalamualaikum.. hari ni abang nk bawa korang untuk melihat pemandangan cantik di D'Aur Beach Resort. Memang kat sini sangat cantik untuk lokasi penggambaran. Abang tak lepaskan peluang ni, as a wedding photograper, abang datang kat sini untuk merakam moment indah para pengantin untuk pengantin abadikan kenangan indah disatukan. Kat sini pantainya sangat bersih dengan pelbagai dekorasi menarik. Pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini. Untuk yang sukakan adventure, boleh lah menyewa ATV dan memandu untuk melihat keindahan sekitar pantai. D'Aur Beach Resort juga ada menyediakan Chalet untuk para pengunjung yang ingin bermalam. Chalet bermula dari RM150 Yuran masuk RM5 per car Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort. D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer d...

SANTUARI IKAN KELAH ( KELAH FISH SANTUARY ) SUNGAI PETANG, TASIK KENYIR TERENGGANU

Image
  Percaya atau tidak, kemusnahan alam sekitar dan tangkapan secara tidak terkawal adalah dua faktor utama menyumbang kepada kepupusan 'Raja Sungai' iaitu spesis ikan kelah. Atau dalam erti kata lainnya, walau apapun alasan yang diberikan, sedikit sebanyak kita sebagai pemancing merupakan penyumbang kepada kepupusan ikan kelah hari ini. Menyedari ancaman yang semakin hari semakin teruk keatas spesis ikan ini, Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (KETENGAH) membangunkan tempat perlindungan dikenali sebagai Santuari Ikan Kelah (SIK) di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Mula diusahakan pada Januari 2006, santuari ini kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 2008 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri habitat ikan kelah ini. Bagaimanapun, santuari ini ditutup pada setiap musim tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun demi keselamatan pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlak...

WOW BESARNYA KOLAM MANDI NI!!! 😱😱😱😱 MAK DAN BAPAK BUDAK PUN BULEH TUMPANG SEKAKI 😂😂😂😂

Image
  Assalamulaikum.. kali ni abang nk review satu kolam mandi jenama Bestway. memang kolam ni sangat sesuai untuk anak-anak mandi manda, orang dewasa jugak boleh mandi. dia ada banyak model, yang abang beli ni 3meter X 2meter, memang abang recommended la jenama ni.. cara pasang jugak sangat senang, ada tempat untuk letak water filter dan tempat khas untuk masukkan air. so kalau korang nk beli abang suggest beli jenama ni lah dan beli yang 3 meter sesuai untuk semua peringkat umur. dalam video ni abang ada tunjukan macam mana nk pasang filter dan cara letak klorin. so korang enjoy lah video ni.. ok gais.. semoga video ni akan memberi sedikit sebanyak info pada korang yang nk beli kolam mandi. beli Bestway Pool kat shopee https://shopee.com.my/product/35013462/7201370106?smtt=0.108052001-1628236144.3 jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk untuk lebih video-video menarik yang akan datang.. Assalamualaikum..

NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN 2 | PADANG NEGARA | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. Di video kali ni Abang K bawa anda ke salah satu restoran yang sangat popular di Kuala Terengganu iaitu restoran Nasi Dagang Atas Tol. Setahu abang, Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 cawangan, so hari ni abang akan bawa anda ke Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 iaitu di Padang Negara, Kuala Terengganu. Lokasi Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 Padang Merdeka https://maps.app.goo.gl/kv1n2D4uwyCnxbAQA Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Pesan abang kalau anda nak berkunjung ke restoran ni, pastikan datang awal. Lagi awal lagi elok, kalau boleh sebelum pukul 8.00 pagi lah. Kalau anda terlewat bersedia lah untuk beratur panjang ye.. Kita orang pun banyak kali nak datang sebelum ni, tapi memang tak de rezeki tambah pulak bawa anak dan kita orang ada urusan lain tak boleh nak beratur, so tak de rezeki la nak merasai keenakan menu nasi dagang yang viral ni. So hari ni abang dari awal memang plan nk pergi awal, dari hotel turun pukul 7.30, sampai kedai d...

5 LOKASI WAJIB SINGGAH | KOTA BHARU - KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaium... So hari ni abang dan family nk pergi bercuti ke Kuala Terengganu 2 Hari 1 Malam. Setelah lama kami tak bercuti macam ni disebabkan PKP hari tu, ni adalah percutian keluarga pertama kali selepas PKP. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Ok, so di video kali ini abang nak kongsikan tempat-tempat yang wajib anda singgah dalam perjalanan Kota Bharu ke Kuala Terengganu ataupun Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik, tapi abang hanya singgah 5 lokasi saja lah, kalau singgah banyak tempat kang bila la nak sampai ke destinasi. Di bawah ni ada 5 lokasi yang wajib anda singgah dan link GPS lokasi-lokasi tersebut. Kalau nak pergi ke lokasi-lokasi berkenaan, boleh klik link dan buka menggunakan aplikasi GPS. #1 Warung Nasi Dangang Kak Yah, Jerteh Terengganu https://goo.gl/maps/ikoDfVxRgmRSuA527 #2 Masjid Lapan Kubah, Kampung Lapan Kotak, Jerteh Terengganu https://goo.gl/maps/J5eMW29eKg53dM6c8 #3 Ombak Panta...

KT BEACH RESORT | HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU | HOTEL BUDGET DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum, hari ni abang K nak review satu hotel di Kuala Terengganu ni. Pengalaman Check In kt hotel ni tersangat lah best. Lokasi hotel ni sangat strategik dan abang K recommend la pada sesiapa yang nak bermalam di hotel ni. KT Beach Resort adalah hotel murah di Kuala Terengganu. Lokasi KT Beach Resort https://maps.app.goo.gl/Y8Cm29yGpCbbk1WAA Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Terletak di tengah-tengah Pusat Bandar, KT Beach Resort merupakan tempat yang sesuai untuk meneroka Kuala Terengganu. Pusat bandar hanya 4.0 km jauhnya dan boleh sampai ke lapangan terbang dalam tempoh 20 minit. Lokasi KT Beach Resort yang strategik memberikan hotel ini daya tarikan istimewa. Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, hotel ini menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dan tempat letak kereta. KT Beach Resort menyediakan 62 bilik yang dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI secara percuma dan berhawa dingin. KT Beach Resort adalah salah satu hotel budget di Kuala Terengganu. ...

TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | PANTAI BISIKAN BAYU BERWAJAH BARU, SEMERAK, PASIR PUTEH KELANTAN

Image
  Pantai Bisikan Bayu yang dulunya dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu, kini berwajah baru. Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT telah menaiktaraf pantai tersebut sehingga kan kini didatangi ramai pengujung terutamanya pada hari minggu dan cuti umum. Pantai Bisikan Bayu yang dulunya dipenuhi dengan sampah sarap, kini telah melalui proses penambahbaikan yang dilakukan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh. Pantai ini tidaklah terlalu sesak sekiranya dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana kedudukan pantai ni yang agak jauh dari bandar-bandar utama. Di pantai ini kini ada menyediakan perkhidmatan menunggang ATV. Bayaran dikenakan ialah sebanyak RM35 untuk setengah jam bagi ATV kecil, dan RM45 untuk setengah jam bagi ATV besar. Ada juga pengusaha yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda. Di deretan gerai, ada persembahan nyayian dari kumpulan NoWar Band. Dengan kehadiran kumpulan ini, dapatlah menghiburkan pengunjung-pengunjung yang berkunjung kesini. Semoga anda te...