Posts

ULASAN FILEM PERFUME MOVIE REVIEW IN BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

Image
  Perfume (2006) - Thriller/Mystery Tonton Ulasan Filem yang dibintangi oleh Ben Whishaw, Dustin Hoffman, dan Alan Rickman dan jadilah orang pertama yang menonton, memberi komen dan berkongsi. Dengan bakatnya yang luar biasa untuk aroma yang arif, Jean-Baptiste Grenouille (Ben Whishaw) adalah salah satu perfumer terbaik Perancis abad ke-18. Dia menjadi terobsesi dengan menangkap aroma yang sukar difahami iaitu aroma wanita muda. Pencariannya bertukar ganas, dan ketika mayat 12 wanita muda ditemui, semuanya panik, keluarga bergegas mengunci anak perempuan mereka. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Check out the trailer starring Ben Whishaw, Dustin Hoffman, and Alan Rickman! Be the first to watch, comment, and share. With his incredible talent for discerning scents, Jean-Baptiste Grenouille (Ben Whishaw) is one of 18th-century France's finest perfumers. He becomes obsessed with capturing a...

ULASAN FILEM 1917 MOVIE REVIEW IN BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

Image
1917 (2019) - Aksi/Perang 1917 (2019) - Action/War Daripada kisah benar yang diceritakan oleh datuk pengarah filem ini, 1917 bertemakan filem Perang Dunia Pertama dengan hanya memfokuskan kisah dua askar British, Lans Koperal Schofield (George Mackay) dan Lans Koperal Blake (Charles Chapman) diberi misi penting untuk menyampaikan pesanan menghentikan serangan demi menyelamatkan 1600 askar British daripada serangan yang telah dirancang pihak musuh (Jerman). Kisah filem 1917 berlaku pada kemuncak prang dunia pertama yang mana dua askar British William (George MacKay) dan Tom (Charles Chapman) diberi tugasan untuk melaksanakan satu misi. Dengan masa yang semakin suntuk, mereka dikehendaki menyeberangi kawasan Jerman untuk memberi mesej kepada askar British yang lain supaya menghentikan serangan terhadap musuh. Apakah kesudahan filem ini, marilah sama-sama kita menonton ulasan filem 1917 ini di Channel Addashuk Movies -------------------------------------------------------------------...

PERANAKAN CINA KELANTAN EPISOD 02 | CINA KECEK KELATE

Image
  Di video kali ini, satu temubual eksklusif bersama seorang anak Peranakan Cina Kelantan iaitu Akok yang juga seorang Youtuber berasal dari Kelantan. Nama sebenar Akok adalah Fang Seng Kok iaitu generasi ke 6 Peranakan Cina Kelantan. Masyarakat Cina Kelantan mempunyai hubungan yang unik dan kuat dengan masyarakat Melayu. Mereka mudah bergaul, makan bersama, bercakap dalam dialek Melayu Kelantan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama masyarakat Melayu. Masyarakat Cina Kelantan lebih dikenali sebagai Cina Kampung atau Cina Peranakan Kelantan merupakan kumpulan minoriti dalam kumpulan etnik Cina Malaysia yang memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap warisan Melayu Kelantan dan juga masyarakat Thai Kelantan. Bahasa dan budaya Cina Peranakan Kelantan dalam kehidupan seharian memperlihatkan penggabungan elemen-elemen Cina-Melayu-Thai. Fang Seng Kok atau lebih mesra dipanggil Akok berasal dari Kampung Bakat, Machang Kelantan. Beliau dilahirkan di Machang pada 28 Oktober 1...

PERANAKAN CINA KELANTAN EPISOD 01 | ASAL USUL PERANAKAN CINA KELANTAN

Image
  Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka yang mengamalkan kehidupan dan budaya Melayu hingga ramai yang keliru sama ada mereka dengan berbangsa Melayu atau Siam. Bukan setakat bahasa pertuturan, pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya. Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang daripada tubuh, tambah menyukarkan untuk membezakan antara Cina Peranakan dan Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal usul peranakan cina Kelantan, kami akan bawa anda ke Galeri Peranakan Cina Kelantan yang terletak di Tanah Merah Kelantan. Galeri Peranakan Cina Kelantan ini ialah sebuah rumah cina lama yang asal nya adalah milik keluarga penaung Persatuan Peranakan Cina Kelantan, PPCK iaitu Encik Yeap Boon Yang. Charles Yap Hing Chai...

DIY - CARA BUAT PENGECAS BATERI MOTOR DAN KERETA

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara abang DIY pengecas bateri motor. caranya sangat mudah, guna je adapter yang dah ada kat rumah korang tu. bateri motor atau kereta adalah 12 volt, so korang kena cari adapter yang 12 volt la. untuk memudahkan kerja-kerja diy ni, korang kena ada multimeter la untuk nk check volt kt bateri dan adapter. untuk pengetahuan korang, masa Perintah Kawalan Pergerakan hari tu, dekat sebulan motor abang tak guna, parking je dalam stor. masa abang nk start nak pergi kedai tu bateri pulak weak. motor yamaha FZ ni dia 100% bergantung pada bateri untuk nak control injection, so kalau bateri weak memang takkan hidup walaupun korang tolak macam biasa korang buat tu. so.. memang kena ada bateri jugak untuk start enjin. bateri motor abang ni abang tak pasti ok lagi ke tak, tapi dengan adanya diy charger bateri ni, dapat lah abang start enjin dan pergi kedai untuk check bateri. boleh je beli bateri baru tapi kalau bateri asal masih ok, rugi...

DIY - CAT RUMAH MENGGUNAKAN AIR COMPRESSOR

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, satu rumah sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan satu rumah. cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat rumah menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat. semasa mengecat, abang buatkan satu penghadang untuk mengelakkan tempat yang kita tak nak cat tu terkena cat. korang boleh tengok video ni macam mana abang buat penghadang tu. guna besi papan pemanis je. sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt. Air Compressor sekarang ni dah murah. bawah harga RM500 pun dah boleh dapat kat kedai. So... tak rugi kalau beli Air Compressor ni. ok gai...

DIY - CARA MUDAH CANTUM POKOK DURIAN MUSANG KING | EASY WAY TO GRAFT DURIAN MUSANG KING TREES

Image
Assalamuailaikum gaiss.. hari ni abang nak kongsikan cara yang paling mudah untuk Kahwin Sanding pokok durian musang king. so kalau korang dah ada pokok induk untuk Durian Musang King, korang boleh menggunakan dahan dari pokok tu buat satu pokok lain yang sama macam pokok induk. cara dia senang saja, kita cuma perlukan anak pokok durian dari biji. Untuk itu abang telah tanam anak benih pokok durian dari biji. durian apa-apa pun boleh je sebabnya kita hanya perlu akar dan batang dia dan kita akan cantumkan dengan dahan pokok induk Musang King yang sedia ada. so cara ni jimat la. beli satu je pokok Musang King nanti akan jadi banyak pokok hasil dari dahan. Selepas dahan kita cantumkan, kena tunggu 3 bulan untuk dahan tadi betul2 sembuh. dan selepas itu kita boleh tanam la. Dengan cara cantuman atau orang panggil juga kahwin sanding ni, biasanya pokok cepat berbuah, tak perlu tunggu 8-10 tahun untuk menikmati hasil. kalau betul-betul jaga pokok durian ni mengambil masa 3-5 tahun saja....