Posts

DIY - CAT RUMAH MENGGUNAKAN AIR COMPRESSOR

Image
  Assalamualaikum gaisss... hari ni abang nak kongsikan cara terbaik untuk cat rumah dengan menggunakan Air Compressor. Cat menggunakan Air Compressor ni dapat menjimatkan masa, satu rumah sekejap je siap. Abang cat dua hari je dapat siapkan satu rumah. cat pun jimat la sebab tak ada cat yang menitik. satu lagi kelebihan mengecat rumah menggunakan Air Compressor ni cat yang dihasilkan adalah sekata, seterusnya dapat mencepatkan proses mengecat. semasa mengecat, abang buatkan satu penghadang untuk mengelakkan tempat yang kita tak nak cat tu terkena cat. korang boleh tengok video ni macam mana abang buat penghadang tu. guna besi papan pemanis je. sekarang ni bagi abang la, Air Compressor ni penting dan wajib ada di rumah kita. banyak benda yang kita dapat buat selain dari pump tayar. boleh juga buat buka screw tayar menggunakan Air Gun Bolt. Air Compressor sekarang ni dah murah. bawah harga RM500 pun dah boleh dapat kat kedai. So... tak rugi kalau beli Air Compressor ni. ok gai...

DIY - CARA MUDAH CANTUM POKOK DURIAN MUSANG KING | EASY WAY TO GRAFT DURIAN MUSANG KING TREES

Image
Assalamuailaikum gaiss.. hari ni abang nak kongsikan cara yang paling mudah untuk Kahwin Sanding pokok durian musang king. so kalau korang dah ada pokok induk untuk Durian Musang King, korang boleh menggunakan dahan dari pokok tu buat satu pokok lain yang sama macam pokok induk. cara dia senang saja, kita cuma perlukan anak pokok durian dari biji. Untuk itu abang telah tanam anak benih pokok durian dari biji. durian apa-apa pun boleh je sebabnya kita hanya perlu akar dan batang dia dan kita akan cantumkan dengan dahan pokok induk Musang King yang sedia ada. so cara ni jimat la. beli satu je pokok Musang King nanti akan jadi banyak pokok hasil dari dahan. Selepas dahan kita cantumkan, kena tunggu 3 bulan untuk dahan tadi betul2 sembuh. dan selepas itu kita boleh tanam la. Dengan cara cantuman atau orang panggil juga kahwin sanding ni, biasanya pokok cepat berbuah, tak perlu tunggu 8-10 tahun untuk menikmati hasil. kalau betul-betul jaga pokok durian ni mengambil masa 3-5 tahun saja....

ZON BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR, KELANTAN

Image
  Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi, pakaian wanita, kuali belanga, toto, handbag berjenama(replika),coklat dan sebagainya pada harga yang murah-murah. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Lokasi ke Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. https://goo.gl/maps/Jiqy8re4LbeJtFwg6 Kalau bawak isteri dan mak, siaplah nak menunggu. Pengkalan Kubor ni agak jauh kalau korang dari Kota Bharu, maklumlah lokasinya berdekatan dengan sempadan Thailand. Pengkalan Kubor juga terletak lebih kurang 6km dari Pantai Geting dan Pantai Sri Tujoh. Kalau datang ke sini bolehlah menyelam sambil minum air terus sambil shopping2 di sini. Dah nama melancong, kenalah datang. Pengkalan Kubor kebiasaannya dibuka seawal pukul 10 pagi dan akan tutup pada pukul 6 petang. Alang2 dah parking depan kedai pinggan mangkuk, kami pun terjah masuk. Nasib baik kami ...

CCTV PALING MANTAP | CARA PASANG CCTV SONOFF | BIND DENGAN AUTOGATE

Image
  Assalamualaikum.. Hari ni abang nk kongsikan cara pasang Smart CCTV Camera jenama Sonoff. Yang bagusnya CCTV ni ialah boleh Bind kan dengan Device yang sedia ada. Untuk abang, abang Bind kan CCTV Sonoff ni dengan Autogate. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Sebelum pasang CCTV ni abang dah guna Device Smart Autogate jenama Sonoff, iaitu boleh buka dan tutup pintu pagar menggunakan smart phone. Tapi kadang tu abang buka pintu pagar dari jauh tapi tak tahu pintu tu terbuka atau tertutup. So abang beli CCTV jenama Sonoff juga dan kita boleh Bind kan dengan Smart Autogate. So sekarang ni abang dapat tengok la situasi pintu pagar abang tu melalui CCTV samada ia telah terbuka atau tertutup. Sangat senang bila ada orang nak hantar barang tp abang tak de kat rumah. So dengan ada CCTV dan Smart Autogate ni senang la.. kita duduk kat mana-mana pun, asal handphone kita ada connection internet, kita boleh buka dan tutup pintu pagar guna handphone dan yang paling best...

DIY - CARA BAIKI FLOOR JACK ROSAK - REPAIR JACK KERETA BOCOR

Image
  Assalamualaikum gais.. so hari ni abang nak kongsikan cara untuk nak baiki jack kereta yang rosak. Walaupun jack kereta yang korang beli tu murah, kalau rosak jangan dibuang, sebabnya jack kereta tu boleh diselamatkan lagi dengan modal tak sampai RM5 untuk beli set O-RING kit. Beli Oil Seal shopee https://shope.ee/Veno4OUrr Lawati Blog Addashuk untuk artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com So hari ni abang akan tunjukkan satu persatu cara untuk repair Floor Jack ataupun kalau dalam bahasa Indonesia di panggil Dongrak Buaya. Untuk kawan-kawan kita di Indonesia, anda juga boleh tengok video ni kalau ada Dongrak Buaya yang rosak, anda boleh memperbaikinya sendiri dgn cepat dan mudah. Ok gais.. Selamat menonton dan semoga korang semua faham dan lepas ni kalau ada jack yang rosak, korang boleh buat sendiri je.. Pada yang sudah SUBSCRIBE Channel Addashuk abang ucapkan terima kasih dan pada yang belum SUBSCRIBE tu, jangan lupa berbuat demikian dan tekan loceng sup...

DIY - SMART AUTOGATE | BUKA/TUTUP PINTU PAGAR GUNA TELEFON - KAWALAN AUTOGATE MENGGUNAKAN SMARTPHONE

Image
  Ok gaiss.. hari ni abang nk tunjukkan kat korang cara untuk menggunakan telefon korang tu jadi remote untuk buka pintu pagar. Autogate ni biasa dibekalkan dengan 2 remote, tapi masalahnya remote tu bermasalah. Kerap kali remote tak hidup disebabkan oleh bateri dalam remote tu tak bersentuh dengan connector bateri tu. So kadang-kadang kena ketuk-ketuk dulu dua tiga kali baru hidup. So, untuk atasi masalah tu, abang ada buat research sikit kat youtube dan dalam internet, so abang dh jumpa device ni nama dia eWeLink DC 12V Self Inching Relay Switch. Memang best la guna device ni, senang dan praktikal. Asalkan telefon korang ada internet pastu kat rumah korang tu ada internet, settle masalah.. korang boleh guna telefon korang tu jadi remote. Kalau korang nk beli boleh klik kat bawah ni.. https://shopee.com.my/product/33337179/2747091167 Tonton juga DIY | SMART SWITCH | BUKA/TUTUP LAMPU GUNA TELEFON - KAWALAN ON/OFF LAMPU MENGGUNAKAN SMARTPHONE https://youtu.be/EXTmUxqUGWI ...

MASJID 8 KUBAH PERSIS SAINT BASIL'S CATHEDRAL DI RUSSIA | JERTEH, TERENGGANU

Image
  Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh Terengganu di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, menarik perhatian orang ramai. Lokasi ke Masjid 8 Kubah, Klik link dibawah https://goo.gl/maps/ex1AxudEZLoJSAXk6 Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri. Ada yang sanggup datang dari utara tanah air bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di masjid yang menyerupai antara tempat beribadat termasyhur di negara Eropah. Kewujudan masjid ini turut menaikkan nama kampung yang kurang dikenali sebelum ini. Masjid yang dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai itu sebenarnya bertujuan menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia le...