JERAM MENGAJI PERSIS KUNDASANG SABAH | SRZ TERNAK LADANG TENUSU JERAM MENGAJI, PASIR PUTEH KELANTAN
JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN PERSIS KUNDASANG SABAH Jeram Mengaji persis suasana dan pemandangan di Kundasang. Dua kali tengok, macam dekat ladang lembu di New Zealand.Jika datang ke Kelantan, wajib singgah di sini. Lokasi menarik ini, terletak di Jeram Mengaji iaitu di daerah Pasir Puteh Kelantan kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh. Kalau korang nak pergi ke tempat ni, korang boleh terus klik di link lokasi dibawah : Lokasi ke SRZ Ternak Ladang Tenusu Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/Cd9qvAyAqAZgXJzq5 Selain keindahan alam semula jadi, Jeram Mengaji juga punyai jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan beriadah bersama keluarga. Di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu dan susu kambing. Ia diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompok hitam putih seperti warna lembu Holstein iaitu lembu paling banyak diternak di seluruh dunia...